Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 4 Jenis Najis dan Cara Menyucikannya
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه a) Mugha...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



a) Mughallazah : Najis ini adalah najis yang berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan itu. 

Cara menyucikan najis mughallazah pula, mula-mula bersihkan bahagian yang terkena najis. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.


b) Mukhaffafah : Najis mukhaffafah adalah najis yang ringan. Contoh najis ini ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.

Cara menyucikan najis mukhaffafah, basuh bahagian yang terkena najis dan lap. Percikkan air di tempat yang terkena najis dan lap dengan kain bersih sehingga kering.


c) Mutawassitah : Najis mutawassitah adalah najis yang sederhana. Contoh najis ini ialah darah, nanah, muntah, najis manusia dan bangkai.

Cara menyucikan najis mutawassitah ini basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut. Sebaik-baiknya basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.


d) Najis-najis Yang Dimaafkan :
- Sedikit darah.
- Sedikit nanah.
- Sedikit danur (darah yang bercampur tanah)
- Sedikit darah kutu.
- Sedikit tahi lalat.
- Mengenai bangkai binatang yang tiada darah yang mengalir sekiranya dikerat anggotanya pada masa dia hidup, seperti lalat, jika ianya terjatuh ke dalam sesuatu yang cair seperti air biasa/ air teh dan sebagainya, bolehlah dibuang bangkai itu dan suci air yang tersebut.


ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM | FB | IG :
🎗 telegram.me/IRijalOfficial
🎗 fb.com/IRijalOfficial
🎗 instagram.com/IRijalOfficial

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top