Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Di akhira...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak (dengan tidak mendidik agama sebaiknya) kepada wanita tersebut dan tidak menjaga amanah itu.

Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

Berikut adalah empat golongan lelaki tersebut :

  1. Ayah

    Apabila seorang ayah tidak memperdulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan pendidikan agama seperti solat, mengaji, menjaga aurat, menjaga batas pergaulan dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Maka bersedialah mereka bakal ditarik ke neraka oleh anaknya.
  2. Suami

    Apabila seorang suami tidak mendidik isterinya sehingga ia membiarkan isterinya bergaul bebas menampakan perhiasan dan auratnya kepada selain muhrimnya, tidak menasihati isterinya ketika isterinya sengaja meninggalkan ibadah wajib seperti solat, puasa dan sebagainya. Maka ia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
  3. Adik-beradik Lelaki

    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita dan keluarga ibunya jatuh kepada adik-beradik lelaki, apabila mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan membiarkan saudara perempuannya keluar dari jalan-Nya. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak untuk bersama ke neraka.
  4. Anak Lelaki

    Apabila seorang anak tidak menasihati terhadap ibunya dan keluarganya tentang islam, maka anak itu akan dimintai pertangungjawaban di akhirat kelak. Maka nantikanlah tarikan ibunya.

Dengan wujudnya laman sosial di zaman yang penuh fitnah ini, terdapat banyak wanita yang sering lupa untuk menjaga perbatasan yang sepatutnya dijaga apatah lagi wujudnya aplikasi gedik seperti Musically dan Tik Tok.... Maka bersedialah kalian yang bernama lelaki, jika masih nak tutup mata tutup telinga dan ketawa melihat kejahilan mereka yang semakin hari semakin menghancurkan agama dan bangsa, malah bakal memberikan ancaman yang dahsyat kepada kita di akhirat kelak jika mereka dari dalam kalangan keluarga kita...

Wahai lelaki, pantaulah mereka, nasihatilah mereka, ajarlah mereka... Untuk itu, kamu juga harus belajar untuk mengajar ! Bila ada masjid atau surau yang buat tazkirah atau ceramah, jangan kau sombong berlagak pandai agama berpaling dari acara itu... dan banyak lagi cara agar kau boleh terus mendapat ilmu buat mendidik dirimu dan juga bagi mendidik keluargamu... Maka, tuntutlah ilmu !

Firman Allah SWT  “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [At-Tahrim 66:6]

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top