Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 6 Pulau Unik Di Korea Selatan
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Asyik-asyik sib...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Asyik-asyik sibuk drama korea ngan kpop je kan, apa kata kita tengok keindahan ciptaan Allah SWT di negara ini pula... ^^

  1. Pulau Hongdo



    Pulau ini dianggap unik kerana terdapat banyak bentuk batu yang pelik di kelilingnya. Ia digambar oleh penduduk setempat sebagai kuntuman bunga yang terapung di atas permukaan air. Pulau Hongdo yang terletak di Laut Kuning menyimpan 270 spesis flora dan 170 spesis fauna. Namun, tarikan utama pulau ini sebenarnya terletak pada kecantikannya sewaktu matahari terbit.
  2. Pulau Gageodo



    Pulau ini terletak di wilayah Sinan terkenal dengan kecantikan alam semula jadinya. Pantainya berbatu dan air lautnya jernih. Difahamkan, ramai yang suka memancing gemar berkunjung ke pulau ini.
  3. Pulau Somaemuldo



    Walaupun hanya sebuah pulau yang kecil namun ia menjadi perhatian ramai kerana tampil dengan tarikannya yang tersendiri. Ramai pelancong mengunjunginya kerana mahu melihat rumah api yang terdapat di atas puncaknya. Disamping itu, mereka juga datang ke pulau ini kerana mahu menghabiskan masa dengan berkelah sambil menikmati makanan yang dibawa dan mengadakan aktiviti santai yang menghiburkan.
  4. Pulau Cheongsando


    Pulau ini terletak berhampiran dengan wilayah Wandu. Ia terkenal kerana digazet sebagai sebahagian daripada Taman Laut Kebangsaan. Ramai pelancong gemar ke sini kerana air lautnya yang bersih dan ladang barlinya yang subur menguning di serata tempat. Ia dikatakan mampu memberi ketenangan dan keseronokan. Disamping itu, pengunjung juga berpeluang menikmati makanan laut yang murah dan segara sepanjang waktu.
  5. Pulau Dokdo



    Pulau ini pernah menjadi rebutan antara Jepun dan Korea Selatan suatu masa dahulu. Ia terbahagi kepada dua buah pulau yang besar iaitu Dongdo dan Seodo. Di sekelilingnya pula terdapat lebih daripada 80 buah pulau kecil. Dokdo tidak boleh dikunjungi pengungjung sesuka hati. Sesiapa yang nak melawatnya mesti membuat permohonan melalui agensi pelancongan yang diiktiraf. Namun, jumlah pengunjung hanya terhad kepada beberapa orang sahaja dalam satu masa kerana mahu menjaga kepentingan ekosistemnya.
  6. Pulau Ulleungdo



    Pulau ini merupakan bekas tapak gunung berapi lama. Pulau ini mempunyai kecantikan yang luar biasa. Ia dianggap eksotik oleh sesetengah warga asing kerana terdapat banyak pemandangan dramatik yang mengujakan. Antara tarikan lain yang terdapat di pulau ini adalah perkampungan nelayan dan makanan lautnya. Ramai pelancong datang ke sini kerana mahu menikmati sotong yang besar, segar dan menyelerakan.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top