Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 10 Langkah Menghadapi Anak Yang Kena Demam Sawan
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 1. Bert...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak-kanak yang merawat

2. Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38'C). Oleh itu, cepat-cepat tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber"pampers".

3. Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.

4. Keluarkan sebarang object/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.

5. "Mandi jerlum" boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!

6. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta sama ada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.

7. Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15 minit. Namun,janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5 minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan,bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.

8. Demam sawan yang melebihi 15 minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenal pasti penyakit lain seperti Meningitis.

9. Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi sawan babi (Epilepsy). Namun, risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua-dua sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah

10. Lagi satu, sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata. Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.

Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sebab antara anak-anak doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua-dua penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya. Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!


About Author

Advertisement

Post a Comment

  1. Nice blog here! Also your website loads up fast! What
    web host are you using? Can I get your affiliate link
    to your host? I wish my web site loaded up as fast as yours lol

    ReplyDelete

 
Top