7 Tips Mengimarah Ramadhan Bersama Keluarga - Mohd Noor Shawal's Blog

22 May 2018

7 Tips Mengimarah Ramadhan Bersama Keluarga

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Ini adalah sebahagian isi khutbah jumaat lepas... sangat menarik kerana mengupas tentang kekeluargaan di bulan yang sangat mulia ini, Ramadhan... Jom tengok apa tips-tips nya ^^

1. Wujudkan suasana keimanan dan ketakwaan dalam keluarga. Saling berpesan dan mengingati sesama ahli keluarga bahawa bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu peluang keemasan yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita perbanyakkan amal ibadat.

2. Rancanglah amal ibadat atau apa-apa kebaikan yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga sepanjang Bulan Ramadan. Umpamanya berbuka secara berjamaah bersama keluarga, bersama-sama ke masjid untuk solat berjamaah dan solat taraweh pada malamnya.

3. Galakkan anak-anak kecil berpuasa sekadar yang termampu oleh mereka. Biar mereka juga merasai kehadiran Ramadan. 

Seorang sahabiyyah; Ar-Rubayyi’ binti Mu’awwidz RA menceritakan; “Kami membiasakan anak-anak kecil kami untuk berpuasa dengan izin Allah. Kami pergi ke masjid, lalu kami buatkan untuk anak-anak kami mainan dari kapas yang berwarna. Kalau salah seorang daripada mereka menangis (kerana kelaparan) maka kami berikan mainan itu kepadanya sampai waktu berbuka puasa”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Hidupkan suasana membaca al-Quran di dalam rumah. Biar ruang rumah dipenuhi dengan suara bacaan al-Quran. Hidupkan amalan bertadarus bersama keluarga. Disamping itu bacalah terjemahan atau tafsir al-Quran untuk sama-sama menghayati dan mentadabur ayat-ayat Allah.

5. Carilah sedikit masa untuk duduk bersama keluarga membaca dan bermuzakarah berkaitan dengan ibadat puasa, seperti syarat sah puasa, perkara yang membatalkan puasa, fadhilat puasa dan lain-lain.

6. Menghiasi rumah sebagaimana kita menghiasinya semasa hari raya, sebagai tanda kegembiraan kita menyambut Ramadhan.

7. Mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang sesama ahli keluarga, ibubapa, mertua dan jiran tetangga dengan saling bersedekah atau memberi hadiah.

Amalan-amalan yang baik ini jika dilakukan secara berjamaah dalam satu keluarga, pasti ia akan mendatangkan kekuatan, semangat dan istiqamah dalam usaha memperbanyakkan amal kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan. Oleh itu ajaklah keluarga kita untuk sama-sama merancang aktiviti ibadah yang boleh dilakukan bersama-sama. Umpamanya pergi ke masjid untuk solat berjamaah dan solat tarawih sepanjang ramadhan serta menghidupkan 10 malam terakhir. In Shaa Allah...

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

No comments:

Post a Comment