Tips Jaga Gigi Susu - Mohd Noor Shawal's Blog

15 April 2018

Tips Jaga Gigi Susu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1- Penjagaan Gusi

Gusi anak perlu dijaga walaupon gigi belum tumbuh. Susu ade karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pon tak selesa. Sambil² tu niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat.. Ade jugak mommy cakap doktor anak saye nak tumbuh gigi, tapi kenapa saye yang sakit gigi? Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit ni. "Mommy, tu masalah gigi mommy xde kaitan dgn anak ye.. Mohon pergi jumpe dentist dengan kadar segera ye" Hahahahahaha


2- Gosok gigi seawal gigi pertama tumbuh

Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu belikan berus khas untuk umur diorang kang kene gigit jari sakit.


3- Elak anak hisap botol susu sambil tidur

Ni paling penting la.. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pon tak boleh ok.. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi then rosak.. Karat² warna coklat tu.. Nanti parents cakap.. Gigi anak saye reput doktor, makin saye berus makin reput.. Cehh banyak laa.. 


4- Lepas minum susu, minum air masak

Sebaiknya mcm tu la.. Ala² bilas cenggitu


5- Jangan isi air bergula dalam botol susu

Ni kan memang kesalahan besar ni.. Kadang air sirap, teh o, milo.. Sape dah start sempat lagi nak stop ok..


6- Bawa anak jumpa doktor gigi seawal usia 6 bulan

Mase anak 6 bulan tu bawak jumpa misi ke doktor gigi, nanti bagi education lagi jelas.. Ade dental kit boleh tunjuk demo sekali.. Pastu jgn la takutkan budak².. Haa nanti doktor cabut gigi.. Dah kenapa pulak xde angin xde ribut nk pi cabut gigi budak tu.. Bagi la kat anak cite yg baik pasal kitorang.. Contohnya, jgn takut anakku.. doktor sume baik laa, cantik pulak, sopan santun, penyayang.. Haa cenggitu.. Baru la anak tak takut.. (boleh abaikan yang tak penting) 😪.. Misi baik, nanti dia tolong sapu ubat kalau ade yg nk rosak2 tu..


7- Jangan share makanan dgn anak

Jangan salah faham ye.. Nampak mcm aku ni penghalang keakraban seorang mak dan anaknya.. Bukan gitu.. Cuma kite ni gigi dah penuh, bakteria lebih kurang 1000++ jenis yang duk dalam mulut tu, pastu kunyah² makanan bagi kat anak.. So dengan jayanya kite transferkan bakteria dalam mulut kite pada anak.. Soo gigi diorang tak selamat jugak lah..

Then last, ❌JANGAN❌ bagi puting tiruan or bg anak hisap jari lah.

Sumber : FB

No comments:

Post a Comment