Cara Berpakaian Wanita Islam Di Luar Rumah - Mohd Noor Shawal's Blog

27 April 2018

Cara Berpakaian Wanita Islam Di Luar Rumah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. Pakaian hendaklah menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Warna pakaian itu suram, gelap seperti hitam, kelabu asap atau warna perang.

3. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga kelihatan bayang-bayang dari luar.

4. Pakaian itu tidak terlalu ketat atau sempit, hendaklah pakaian itu longgar tidak menampakkan bentuk badan, yang boleh membangkitkan nafsu lelaki.

5. Pakaian itu tidak dikenakan dengan bau-bauan yang harum.

6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.

7. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk atau berhias.

8. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian kafir dan musyrik.

No comments:

Post a Comment