Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: Apa itu Bioinformatik ?
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Okay maaf...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Okay maaf ar adik-adik yang xberapa nak adik, yang tanya pasal course ni huhu baru sempat nak update... sebab apa ramai serbu saya tanya pasal Bioinformatik ni huhu sebab post sebelum ni >Menyambung Pengajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia - BSc with Honours (Bioinformatics)<.. 10 April dengar cite dah tutup UPU, maaflah huhu baru sempat buat post, harap membantu hehehe

Tapi saya dah tukar course ar korang hahahah... Tapi xpe, actually my first sem was with the Bioinformatics program before I change to my current program, Software Engineering (Information System Development) in this same university, UKM. So, I can share a bit what is this program all about, xde hal lah! Jangan banyak tanya kenapa saya tukar program hahahaha, In Shaa Allah I will share to you later :')

Sorry lah kalau bahasa campur eh... Harap okay jer arghh... Okay lets back to our main topic... Mesti ramai yang keliru apa kejadah ar subjek ni, bila mak ayah sebut, peh mahu terbelit lidah diorang.. tapi trust me,when people ask u, what program are u now at UKM? and u answered them, Bioinformatic.. They will be like, "Wow what is that, that sounds rare man" Yeah it does sounds rare to me as well hahahaha

Okay sebagai dasar, idea bioinformatik ni sebenarnya korang akan belajar ilmu Biologi plus in the same time gabung dengan ilmu Sains Komputer dan Teknologi... Kene ar kan dengan perkembangan zaman teknologi sekarang, bidang Biologi juga xmelepaskan peluang untuk upgrade bidang pengkhususannya dengan gabungan ilmu teknologi dan sains komputer...

Haaaa, hmmm bidang biologi ni kan besar gedabak, manusia, haiwan, tumbuhan, organ2, sel2, tisu2, proses itu proses ini, jadi yang mana satu fokus utama course ini?

Okay fokus utama course ini adalah sekecil kecil sel lah u all... Belajar DNA, proses transcription, replication and all that lah... Bagaimana pula dengan Sains Komputer? Part mana yang akan difokuskan dalam bidang ini? Of course ar programming! Hahahahaha

Apa yang menarik tentang course ini adalah jika korang ada minat yang tinggi kepada kedua-dua bidang sains komouter dan biologi dalam satu masa, inilah tempat anda... haa cepat gi tukar permohonan upu tu, letak course ni nombor satu hehehehe...

Menarik lagi, masa tahun tiga nanti, korang akan belajar cara nak programkan DNA sesuatu menggunakan ilmu biologi plus programming korang tu lah... wow, nice kan? Rare kan? well... hahahaha

Eh jap, tahu x apa jadah yang nak diprogramkan tu? haaa susunan dalam struktur nucleic acid tu, alaaa xkan dah lupa, yang ACTG TGCA tu lah... haaa jangan main-main... hahaha

okay sat, bidang kerja cam ne pulak kat Malaysia ni? Okay kalau nak tahu, selama 4 tahun korang bukan belajar DNA je tau, macam-macam lagi, Mikrobiologi, Statistik Gunaan, Programming, Biologi Molekul, Biokimia, and banyak lagi lah...


So, kalau korang nak tahu, bila keluar nanti, korang bukan sahaja boleh jadi Scientist Bioinformatics, eh jap scientist? yup, bioinformatics ni acah scientist jugak lah, like korang keja dalam lab gitu, kaji kaji and kaji sampai xkesudah... well ilmu biologi selalu ada updates, sebab kajian xpernah berhenti sampai saat ini, dan setiap penemuaan akan diberitahu untuk complimentkan ngan silibus terkini di sesebuah universiti especially program/subjek yang terlibat dengan Biologi...

Okay sambung balik part kerja, korang juga boleh kerja dengan syarikat-syarikat Bioinformatik yang semakin ramai sedang tubuhkan di bumi Malaysia ni... Menurut senior, kalau korang dah masuk alam pekerjaan, korang akan rasa kecik je dunia, sebab yang amik course ni memang xramai and xbanyak universiti yang tawarkan course ni, so bila masuk alam pekerjaan semua lepasan U yang sama ngan korang and yang sama program which is Bioinformatik...

U apa je yang provide course ni eh? Saya malas nak search sangat, tapi apa yang saya tahu sekarang yang menawarkan course ni adalah ofcourse UKM, UM dan UTM.

Tapi lain U apa yang saya perasan, cara provide course-course untuk program ni lain, kalau UKM mostly dalam 4 tahun korang akan lebih banyak kat Biologi then baru Sains Komp, lagipun fakultinya juga adalah di bawah Fakulti Sains Teknologi, berbeza dengan UTM dibawah Fakulti Komputeran dan fokusnya lebih kepada Sains Komp then baru Biologi..Kalau di UM pulak, bila tengok struktur programnya, lebih seimbang, Biologi=Sains Komp.

Okay apa-apa pun, good luck lah kepada semua, it is a very fun program actually... Tapi I dah tukar hahahaha, haaa kenapa? Nanti ada masa saya buat post baru ^^

Ada pape soalan, just komen dibawah, In Shaa Allah ada masa nanti saya cuba jawab ^^

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top