Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: Gambar & Video Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Ibrah dari Kejadiannya
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Video 4 Jam ...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Video 4 Jam Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 dalam Satu Minit


Amacam guys semalam malam? Teruja tak tengok salah satu kebesaran Allah SWT? Indah kan? Subhanallah...

Sempat jugak dengar ceramah pasal Gerhana Bulan ni semalam di Masjid Kuala Kubu Bharu... Antara ibrah dari kejadian semalam :
  1. Amat perlulah untuk manusia 'berfikir' bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

  2. Pernah tak terfikir kenapa ahli-ahli astronomi boleh menjangka kejadian ini untuk berlaku? 

    Hal ini kerana ketetapan dari Allah SWT dan kepatuhan makhluk Allah SWT iaitu bumi, bulan dan matahari untuk berada pada kedudukan yang selari pada waktu yang ditentukan olehNya... Bagaimana pula dengan kita? Adakah segala tindak-tanduk kita masih patuh pada perintahNya? atau masih lalai dengan kemungkaranNya?

  3. Kepatuhan kejadian siang dan malam cukup buat kita untuk fikir tentang kebesaranNya... Tambahan pula dengan kejadian gerhana seperti ini pula, sepatutnya menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT sekaligus memohon ampun terhadap segala dosa yang telah kita lakukan...

    Firman Allah SWT yang bermaksud :
    Yang demikian itu adalah kerana Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahawasanya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
    [22. Al Hajj, ayat 61]
  4. Firman Allah SWT juga dalam Surah Al-Isra' bahawa semua makhluk Allah SWT iaitu bumi dan sekalian yang berada di langit dan bumi sentiasa bertasbih kepadaNya.

    Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
    [17. Al-Isra', ayat 44]

    Tambahan juga, sebelum saintis menjumpai bahawa langit itu tujuh lapis, Allah SWT telah pun menyatakan dalam kitabNya 1400+- tahun yang lepas... :')

  5. Percaya atau tidak, sebagai seorang pelajar yang menceburi bidang sains, pasti anda belajar pelbagai proses, tidak kira sekecil atau sebesar mana pun proses tersebut (transcription, translation, replication, fertilisation etc.) , mahupun kejadian seperti malam tadi iaitu kedudukan matahari, bumi dan bulan sejajar dalam satu baris...

    Tidakkah pernah kita fikir pasti ada suatu 'kuasa' yang mengatur semua ini? Apakah logik bahawa ianya akan berlaku secara spontan? Tidak, pasti, pasti ada suatu kuasa yang mengatur semua proses dan kejadian tersebut, dan seharusnya kita percaya bahawa ianya berlaku hanya kerana kudrat Allah SWT Yang Maha Esa...


Jadi, kot-kot ar ada yang nak bertasbih sambil tengok gambar ni kan, hehehe.. Ye lah dengar cite, semalam ada sesetengah tempat mendung, bulan ditutup oleh awan mendung... Sokay, Alhamdulillah kita di zaman teknologi ni haa, boleh tengok melalui gambar... And yes of course, feel bile dapat tengok live xkan sama dengan feel bile tengok gambar huhu... Xpe ar, yang penting kita dapat ibrahnya, In Shaa Allah...













Sumber gambar : twitter

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top