Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: Kenikmatan Hidup Dibawah Bayangan Al Quran
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Aku telah...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil.

Aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak kanak.

Aku merasa terkejut dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang sangat kotor dan penuh penyakit ini?

Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhurkan, memberkatkan dan membersihkan usia seseorang?

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.

Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan-tanggapan jahiliyah yang dihayati oleh umat manusia di timur dan di barat, di utara dan di selatan.

Kemudian aku bertanya, "Mengapakah manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah.

Kemudian aku melihat keadaan simpang siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dari undang undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat, yang diajarkan kepada mereka dalam kewujudan fitrah semulajadi mereka.

Lalu aku berkata di dalam hatiku : "Syaitan manakah yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?"

Alangkah ruginya manusia!

[Tafsir Fi Zilalil Quran - Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah]


Kalau dibaca dengan penuh penghayatan, pasti terobek qolbu... :(

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top