Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 7 Tips Solat Di Awal Waktu
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه #1 – Lati...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop atau apa jua pekerjaan, apabila kita mendengar azan, latih diri untuk terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.

“Save” segala kerja dan terus bersedia untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.


#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.

Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya. Mudah cerita, jangan ada apa jua urusan lain yang boleh mengganggu kita untuk solat di awal waktu.


#3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.

Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian. Apalah sangat download app yang saiz kecil ini berbanding app facebook/instagram yang bersaiz lebih besar belum termasuk 'cache' gambar-gambar anda. 

Sebagai cadangan app yang terbaik buat pengguna smartphone Android adalah >>> Waktu Solat Malaysia


#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

Antaranya adalah : 

“Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”. (HR At-Tirmidzi dan Abu Daud)


#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.

Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

Jika dah berjaya biasa solat awal waktu nanti jangan lupa ajak kawan yang xbiasa solat awal untuk solat awal juga, In Shaa Allah hari ni kita mengingatkan diasambil mengingatkan diri kita, esok lusa dia pulak yang ingatkan kita.. 


#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.

Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat. Jangan mudah terpengaruh dengan orang yang anggap solat itu sebagai 'bende remeh', anda harus kuat dulu! Dah kuat nanti, ajak atau tunjuk contoh yang terbaik kepada mereka yang anggap solat sebagai 'bende remeh' ni, lama-lama In Shaa Allah mereka akan ikut anda pula..


#7 – Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.

Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti, kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu. Yang penting ada usaha dan kesungguhan, In Shaa Alah lama-lama jadi mudah n terlekat dengan berjemaah di masjid/surau terdekat.


Semoga bermanfaat dan dipermudahkan.. Aamin..

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top