Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 6 Cara Elak Lipas Berkeliaran
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Fuh seks...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Fuh seksa teramat masa nak update gambar kat atas ni.. Lagi-lagi masa nak letak watermark blog kat gambar atas.. woooo.. Sebab apa? Sebab binatang ni antara musuh utama aku di mana jua aku berada.. ^^ Rumah, asrama ke mana mana ke, sekali terserempak, jangan harap aku akan lepaskan, terus lari cari shieldtox and fuhhhhhhhhhhh, mampus kau sana, paling bahagia bila tengok dia dah terbalik, haaa lagi aku sembur habis-habisan...

Sorry aku ni memang pembunuh lipas bersiri... So korang yang penah duk asrama ngan aku especially masa Matrik dulu n UKM sekarang, kalau jumpa lipas mati bebanyak + bau shieldtox, haaa tu keje aku lah tu... HAHAHAHAHAHA... Aku buat time semua orang dah tido, aku ada satu habit, suka mandi sebelum subuh, around kul 3-4 pagi gitu, mostly orang tido time ni, time ni ar aku mandi, and time ni ar aku akan terserempak ngan musuh-musuh aku ni, memang silap hari bulan dorang ar... sambil-sambil mandi tu aku berzikir ar, "Please jangan ganggu aku, and just stay there, kejap je please kejap je, just stay there".. abis je mandi, balik bilik, campak barang mandi semua, amik shieldtox, tengok dia 'stay there' lagi, aku pun fuhhhhhhhhh "padan muka kau!" HAHAHAHAHAHHAHAHAHA

Btw, tu bukan objektif utama artikel hari ni, macam nak reveal pembunuhan yang aku buat selama ni pulak... hahahaha.. Pape pun, aku baru tahu ada 6 lagi Cara Elak Lipas Berkeliaran, which is lebih mesra alam ar gitu... And yes, alternatif lain supaya anda dan saya tak 'terserempak' ngan binatang durjana ni hahahaha.. jom baca! ^^

1➡️ Dapatkan segenggam bunga cengkih dan segenggam garam Epsom. Campurkannya dan letakkannya di dalam piring-piring yang ditempatkan di lokasi persembunyian lipas yang biasa (kawasan gelap, panas dan lembap). Antara lokasi yang sesuai ialah; di belakang mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar. Jangan lupa bahagian dapur dan kawasan di bawah singki bilik mandi.


2 ➡️ Titiskan beberapa titik minyak bunga cengkih  di sudut-sudut dan lubang -lubang tersembunyi di celah-celah dinding dan di dalam kabinet dapur.


3 ➡️ Lipas tidak sukakan bau daun bay (bay leaf). Hancurkan beberapa helai daun bay dan taburkannya di mana-mana lokasi yang anda nampak lipas berkeliaran. Daun bay boleh di dapati di seksyen rempah ratus di pasaraya. Ia biasa digunakan dalam masakan Mediterranean.


4 ➡️ Boraks atau asid borik adalah sangat berkesan terhadap lipas. Taburkan boraks di sekitar tempat lipas di kesan. Tetapi awas, boraks yang berlebihan adakah bersifat toksik kepada manusia. Elakkan dari meletakkan boraks di kawasan di mana kanak-kanak atau haiwan peliharaan bermain, tidur atau makan. Boraks boleh di dapati sebagai bahan kimia di kedai peralatan makmal atau sebagai bahan di dalam sabun pencuci kain.


5 ➡️ Anda juga boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman.


6 ➡️ Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.


Selamat Mencuba! Jangan lupa share feedback kat aku k hehehehe ^^

-LifeHealthMagazines

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top