Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: OIC kecam tindakan Trump iktiraf Baitul Maqdis / Jerusalem ibu negara Israel
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه JEDDAH  ...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



JEDDAH – Pencerobohan dan pendudukan rejim Israel ke atas wilayah Palestin dan Arab menjadi isu teras seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Oleh itu, sekretariat OIC menyatakan kemarahan berhubung langkah Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
OIC menegaskan penentangan terhadap pengiktirafan diberi oleh Presiden Donald Trump semalam, yang bukan sahaja menjejaskan politik, peraturan dan status sejarah Baitulmaqdis, malah dengan jelas melanggar undang-undang dan resolusi antarabangsa.
OIC menegaskan akan mengadakan sidang tergempar di Istanbul pada 12 dan 13 Disember ini bagi membincangkan akibat daripada keputusan AS, dan merumuskan kedudukan Islam dalam menangani ancaman yang semakin meluas.
Isu Palestin kekal menjadi cabaran politik di rantau itu dan peringkat antarabangsa.
Israel, yang menceroboh dan menduduki tanah Palestin sejak 4 Jun 1967, terus mengetepikan kehendak komuniti global dan melanggar konvensyen antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen dalam ucapan menyambut hari solidariti dengan rakyat Palestin, menegaskan kekesalan mendalam OIC terhadap pentadbiran Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta akan memindahkan kedutaan AS ke bandar yang menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.
“OIC mengecam sebarang langkah dan tindakan yang menyumbang kepada penukaran undang-undang serta status sejarah Baitulmaqdis.
“Keputusan itu melanggar hak rakyat Palestin, mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB, serta menjejaskan usaha ke arah proses damai, selain menjejaskan peluang memenuhi impian kewujudan dua negara,” katanya.
OIC juga menegaskan akan bekerjasama dengan semua wakil komuniti global untuk menentang keputusan Trump, serta menyokong usaha negara-negara Arab dan antarabangsa bagi mencapai perdamaian berdasarkan kepada pelaksanaan dua negara, dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.
Konsul Jeneral Palestin di Jeddah, Mahmoud Al-Asadi, berkata Allah selama-lamanya menetapkan hubungan sejarah umat Islam dan Masjid Al-Aqsa yang diberkati, dan Baitulmaqdis akan kekal sebagai ibu negara Palestin.
Katanya, pengiktirafan yang diberi oleh Trump itu tidak membawa apa-apa perbezaan kerana hak rakyat Palestin ke atas Baitulmaqdis adalah jelas. – Ismaweb

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top