Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: Kenapa Kita Sibuk Pertahankan Baitul Maqdis / Jerusalem ?
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Kita sud...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Kita sudah sedia maklum, bahawa Baitul Maqdis adalah tempat sakral atau suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses Isra' dan Mikraj, di situ juga baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut, dan di situ juga banyak fadhilat solat di masjid al Quds. 

Di situ juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat. Kalau kita lihat dari sejarah dunia, dapat kita simpulkan bahawa sesiapa yang menguasai Baitul Maqdis, dia akan menguasai dunia. Antara hujahnya, jika dilihat dalam rentetan sejarah, Baitul Maqdis dibuka seawal peperangan antara Nabi Daud AS bersama Talut melawan Raja Jalut. Kisah agung ini dirakamkan dalam Surah Al-Baqarah. Dan akhirnya kemenangan milik Nabi Daud AS dan Talut, dan itulah pembukaan pertama Baitul Maqdis. 

Selepas penawanan itu, kita tahu, keturunan Nabi Daud AS dan Talut menguasai dunia, yang mana lahirlah Nabi Sulaiman AS yang memerintah manusia, jin dan haiwan. Selepas tempoh masa berlalu, Rom pula menawan Baitul Maqdis, lalu Rom yang menguasai dunia sehingga zaman kelahiran Rasulullah SAW.

Kemudian Baitul Maqdis kali kedua dibuka oleh Saidina Umar RA, tidak lama kemudian, Islam pula menguasai 2/3 dunia. Namun peristiwa selepas itu, berlaku pula penawanan Baitul Maqdis oleh tentera Salib pada tahun 1099, namun pembukaan ketiga Baitul Maqdis berjaya dibuat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187. 

Dan hari ini, Israel berjaya menawan baitulmaqdis (sebenarnya seawal tahun 1917 di bawah proksi empayar British), maka Israel berusaha untuk menguasai dunia. 

Dah tu nak buat apa? Ada orang kata,

"Tak perlu buat apa-apa. Sebab Allah akan lindungi sendiri Baitul Maqdis.."

Sesiapa yang berfikir begini, adalah fikiran yang sempit dan kolot. Bahkan, pemikiran macam inilah, menyebabkan Allah SWT menjadikan Umat Islam tercela dan terhina. Dalam sejarah Islam, Baitul Maqdis pernah ditawan musuh, kerana kelemahan, perpecahan Umat Islam sendiri. Bahkan kerana fikiran sebegini !

Apa yang kita boleh sumbangkan dari segi individu? Nak pergi perang? Nak bangun subuh berjemaah pun tak mampu.

Antara sumbangan yang kita boleh buat,

(a) Menjaga amal fardhu kita, terutama Solat Subuh berjemaah.

(b) Nyatakan solidariti kita untuk Palestin, tidak kisah sama ada di media sosial ataupun alam realiti. 

(c) Lakukan dan teruskan boikot produk yang KITA MAMPU. Paling basic sekali, McDonald dan Starbuck. Ada orang kata, 

"Kenapa tak boikot je Facebook, instagram, whatapps, semua. Tu kan Yahudi"

Kan saya sebut, yang KITA MAMPU. Kalau mampu nak boikot semua itu, DIPERSILAKAN. Moga Allah kurniakan Syurga. Yang penting USAHA KITA. 

(d) Berikan sumbangan dari segi kewangan, atau tenaga kepada badan-badan yang berkhidmat untuk Palestin, seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, dan sebagainya.

Dan banyak lagi sumbangan yang kita boleh lakukan. Termasuklah share artikel ini. 

Tinggal nak atau tidak sahaja. Moga usaha kita yang kecil ini, Allah pandang dan Allah kurniakan pahala jihad dan menjadi asbab untuk kita ke Syurga.

Akhir sekali, saya tutup dengan kata-kata mahsyur daripada Sultan Salahuddin al Ayyubi, 

 قال القائد العظيم صلاح الدين الأيوبي: (كيف أبتسم والأقصى أسير والله إني لأستحي من الله أن أبتسم وإخواني هناك يعذبون ويقتلون)
"Bagaimana mungkin aku tersenyum sedangkan al-Aqsa sedang ditawan. Sesungguhnya demi Allah aku malu terhadap Allah untuk tersenyum sedangkan saudaraku sedang diseksa dan dibunuh."
(Kitab al-Nawadir al-Sultaniah karangan Abu al-Muhasin Bahauddin 632H)

Wallahu'alam.

-TarbiahSentap

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top