Jangan Lupa Masukkan 5 Perkara Ini Dalam Azam Tahun Baru 2018 ! - Mohd Noor Shawal's Blog

31 December 2017

Jangan Lupa Masukkan 5 Perkara Ini Dalam Azam Tahun Baru 2018 !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Okay first of all, sorry baru terpikir nak update artikel yang macam ni huhu.. Tapi tu lah, terpikirnya pulak pada 31/12.. Tak pe, sempat lagi sebelum beberapa jam menghadapi 1/1/2018, tahun baru 2018..

Semua orang, ye semua orang, saya, awak dan semua orang sebenarnya ada keinginan agar hari esok lebih baik dari hari ini, hari ini lebih baik dari semalam. Tapi, mungkin diantara kita masih ada yang keliru seperti, "hmm nak baik dari segi apa eh? Hubungan ngan Allah? Rasa diri ni dah jauh dengan Allah ni.. Tapi cam ne eh??"

Semoga artikel kali ini bermanfaat dan semoga senarai dibawah 'sempat' dimasukkan dan diistiqomahkan dalam jadual seharian kita menjelang 2018 nanti.. Aamin, In Shaa Allah... Hope korang baca secara detail n sampai habis huhu.. sorry panjang sikit :')


  1. Solat Berjemaah & Solat di Awal Waktu

    - (Lelaki) Bermula tahun 2018, tidak kira macam mana sekalipun, aku nak solat awal waktu and berjemaah kat surau atau masjid terdekat... Sebab aku percaya ini adalah galakkan yang sangat tinggi dari Nabi SAW especially buat 'lelaki'...

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat penat sehingga menyebabkan aku malas nak pergi berjemaah especially Subuh, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku kene kuat! Ya Allah, kuatkan aku untuk Solat di awal waktu dan Solat Berjemaah Ya Allah!
    - (Perempuan) Bermula tahun 2018, tidak kira macam mana sekalipun, aku nak solat di awal waktu dan sekiranya aku 'cuti', aku tidak akan melakukan perkara sia-sia pada waktu solat dengan menjadikan 'cuti' itu sebagai alasan, akan ku gantikan dengan berzikir dan berdoa kepadaNya, 'cuti'? Haaa xde hal lah, Allah sentiasa disisiku, aku akan sentiasa mencari RedhaNya!

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat penat sehingga menyebabkan aku malas nak solat di awal waktu dan meluangkan sedikit masa untuk berzikir dan berdoa especially waktu Subuh, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku kene kuat! Ya Allah, kuatkan aku untuk Solat di awal waktu dan jika aku 'cuti' kuatkanlah pendirian aku untuk tetap mengingatiMu dengan berzikir dan berdoa pada waktu solat tersebut Ya Rabb!
  2. Solat Sunat Taubat at least sekali sehari

    - Aku adalah manusia yang tidak sempurna yang sering 'lupa' dan 'lalai', dan aku sangat pasti, pasti akan ada dosa yang ku lakukan walau sekali dalam seharian aku menikmati hembusan dan tarikan nafas kurniaan Allah ini. Namun, aku risau adakah Allah telah mengampuni dosa laluku. Oleh itu, bermula 2018, aku akan lakukan sehari at least sekali Solat Sunat Taubat, tidak kiralah waktunya, sama ada sebelum Subuh, pada waktu Dhuha, selepas Zohor, selepas Maghrib,  atau selepas Isyak, yang penting, sekurangnya sekali sehari!

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat sibuk pagi, tengahhari, malam sehingga menyebabkan aku malas nak Solat Sunat Taubat walau sekali dalam seharianku, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap akan cuba curi masa untuk melaksanakannya! Aku kena kuat! Ya Allah, kuatkanlah aku untuk Solat Sunat Taubat kepadaMu walau sekali sehari walau sesibuk mana pun aku Ya Allah, dan janganlah Engkau menarik nyawaku kecuali Engkau telah menerima taubatku Ya Rabb!
  3. Membaca Quran serta Menghayati Tafsirnya

    Bermula 2018 ini juga, aku berazam ingin membaca FirmanNya walau sepotong ayat serta mendalami fasirnya. Aku tiada Al-Quran Tafsir di rumah, haaa aku mampu spent duit kat macam-macam perkara, aku juga mampu untuk membeli Quran Tafsir! Ini kerana, tidak cukup bagiku untuk membaca arabnya sahaja, apatah lagi aku tidak memahami bahasa tersebut, kerana aku bukan bangsa Arab, tetapi ia bukanlah penghalang buat diriku untuk memahami dan mendalami kalamNya!

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku sangat sibuk pagi, tengahhari, malam sehingga menyebabkan aku malas nak membaca Al Quran walau sekali dalam seharianku, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap akan cuba curi masa untuk membaca dan mendalaminya walau sepotong ayat sehari! Aku kena kuat! Ya Allah, kuatkanlah aku untuk membaca kalamMu dan memahami tafsirnya walau sekali sehari walau sesibuk mana pun aku Ya Allah, kerana aku percaya, ia bakal jadi peneman buat diriku di alam Barzakh nanti dan menjadi syafaat buat diriku diakhirat kelak Ya Rabb!
  4. Berhenti Melakukan Segala Bentuk Maksiat

    - Tahun 2018 ini, iaitu melalui esok, aku nak berhenti buat semua maksiat, maksiat mata (menonton bende xsenonoh n etc.), maksiat mulut (mengumpat, mencarut, menghina n etc.), maksiat tangan (melancap, mencuri n .etc), maksiat kemaluan (zina, homoseks, melancap n etc.), maksiat kaki (pergi ke tempat maksiat) dan mendedahkan aurat secara sengaja.

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada masa di mana nafsuku bergelora untuk tetap melakukan kejahilan lama ini, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis supaya aku terus menjauhi Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap kuat! Kerana aku takut, aku takut maksiat ini akan terus menjadi penyakit yang tidak dapat diubati sehingga hampir tiba hari kematianku aku tetap melakukannya.. Nauzubillah... Aku juga takut, kalau-kalau ia akan menjadi malapetaka yang amat besar ketika aku di Barzakh nanti apatah lagi di Akhirat... Ya Allah, kuatkanlah aku untuk berhenti melakukan sebarang bentuk maksiat kepadaMu Ya Allah kerana aku yakin, aku percaya kau Maha Melihat Ya Rabb, aku malu Ya Allah, aku malu!
  5. Puasa Sunat

    - Tahun 2018 ini aku nak mula berpuasa terutamanya setiap Isnin dan Khamis, kerana aku percaya puasa adalah perisaiku.. Perisaiku dari melakukan segala perbuatan keji, perisaiku di Dunia ini dan di Akhirat kelak dan perisaiku dari segala bentuk musibah.

    Aku percaya ianya bakal susah mula-mula, akan ada rasa malas menyelubungi diri suatu hari nanti, akan ada hari yang aku rasa nak give up, tapi itu semua hanyalah agenda Iblis yang jeles melihat langkah aku mendekati Sang Pencipta, aku tidak akan mengalah, aku akan tetap melaksanakannya selagi tiada halangan! Aku kena kuat! Ya Allah, kuatkanlah aku untuk berpuasa sunat Ya Rabb, aku perlukan perisai ini Ya Rahman, aku amat memerlukannya Ya Allah, bantu aku Ya Allah!


Jika ada yang disenarai telah dilakukan pada 2017, maka teruskan lah, jika tiada, tambahlah... Semoga bermanfaat... Aamin..

#JugaSebagaiPeringatan
1- Tidak menjadi salah seorang Muslimah untuk menunaikan solat berjemaah.
2- Bukan nak suruh benci iblis ke apa, memang hakikatnya itu tujuan hidup dia iaitu untuk menjatuhkan kita, salahkan dia macam mana pun xguna kalau kita sendiri yang lemah, sebab memang kita, manusia, kene kuat, terus kuat dalam mencari Redha Allah, sekaligus memantapkan Iman.
3- Kalau ada sebarang kesalahan atau kekurangan, mohon ditegur di ruangan komen dibawah atau PM tepi.. Maaf, saya juga manusia biasa.. :'(

2 comments: