Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: 8 Tips Membaca Buku Gaya Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 1. LATIHA...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. LATIHAN MEMBACA INTENSIF – beliau pernah membaca dokumen paling kurang 500 mukasurat seminggu – untuk 20 tahun yang lepas.

2. LATIHAN MEMBACA BERTERUSAN – Bruce Lee berlatih tumbukan bukan 100 kali sehari tetapi satu jenis tumbukan 100 kali sehari. Kalau 10 cara tumbukan, maksudnya 1000 kali sehari.

3. Umur muda dengan kelapangan masa kena baca paling kurang 500 mukasurat seminggu, cuba amalkan untuk 6 bulan, kemudian akan jadi fast reader, boleh baca 1000 mukasurat seminggu, lepas tu laju lagi In Shaa Allah.

4. Bila baca banyak buku berat dan ringan, jiwa dan minda akan jadi ringan untuk baca lebih banyak, dan ini sebenarnya adalah rahsia yang terbuka. Mula-mula pastinya susah tetapi selepas 6 bulan dah jadi Intel i7.

5. Ada jenis buku sekali khatam dah puas, ada yang lain kena baca berulang kali. Contoh oleh beliau ialah Kitab al-Risalah Imam al-Shafie dan Kitab Muwatta’ Syarah Shaibani dan Mudawwanah oleh Sahnun.

6. Bagi beliau bacalah buku yang berat di masa kita bermotivasi tinggi dan buku ringan di masa kita penat dan letih, contoh di waktu trafik sesak atau menunggu kapal terbang yang lewat. Jadilah fleksibel.

7. Kita gagal membaca dengan baik sebab tak dapat hargai buku dan pengarangnya. Perlu selesaikan isu ini dahulu, baru laju dan bermotivasi. Ramai pelajar tak dapat kunci ini, sebab itulah tak baca atau lambat habis bila membaca. Ini punca segala-galanya. Kita perlu ubati ini dahulu.

8. Novel itu bagus untuk bahasa dan pengalaman hidup orang lain dan tips kehidupan. Beliau menggemari karya John Grisham.
Akhir sekali nasihat beliau, kena motivasi diri selalu untuk baca sebanyak mungkin. Tetapkan target berapa mukasurat seminggu. Kemudian tingkatkan dari semasa ke semasa. In Shaa Allah. Moga dipermudahkan.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top