6 Perkara Untuk Jaminan Syurga

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian."
(HR Ahmad No: 21695)

Pengajaran:

Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara 6 perkara:

1.  Jujur Jika Berbicara.
Ibnu Qayyim mengatakan "Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan membezakan antara munafik dan beriman."

2.  Menepati Janji.
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.

3.  Menunaikan Amanah.
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan

4.  Memelihara Kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)
Memelihara kemaluan daripada dosa seperti berzina, homoseksual, melancap, dan seumpama dengannya.

5.  Menundukkan Pandangan.
Ibnu Qayyim juga menyatakan, "Menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran."

6.  Menahan Tangan.
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan mahupun tangannya. Mereka (orang sekelilingnya) merasa aman dengan kehadiran dirinya. Tahanlah tangan kamu (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis atau menyebarkan sesuatu berita fitnah).

Kita berlakulah jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan, In Shaa Allah Syurga menanti.. Aamin..
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
PeRdU cINta
admin
December 5, 2017 at 8:15 PM ×

Moga syurga destinasi terakhir untuk kita di akhirat kelak.

Congrats bro PeRdU cINta you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar