3 Tips Bila Rasa Marah/Bengang

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Kalau rasa nak terlalu geram, rasa marah yang meluap-luap, rasa jantung berdegup kencang sebab tahan marah, maka ketika itu kita berada dalam keadaan marah yang kritikal.

Ada beberapa tips daripada Nabi Muhammad SAW yang mana telah dimuatkan muatkan bab ini dalam buku #MotivasiDaripadaHadithNabi.

Berikut beberapa tips yang digarap daripada hadith-hadith Nabi.

1. Membaca ta'awuz yakni aa'uzubillahi minassyaitan (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ)
Maksudnya:

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan." 

Tips ini berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

2. Ambil wudhu'/air sembahyang. 

Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud dimana Nabi kata bahawa marah itu berpunca daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api. Api akan padam dengan air maka ambillah wudhu'.

3. Duduk kalau marah dalam keadaan berdiri. Jika tidak dapat juga maka tidur atau lelap sebentar.

Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud & Ahmad yang mana ianya menekankan aspek bertenang ketika marah.

Biasanya, duduk dapat lebih menenangkan diri berbanding berdiri dan tidur pula lebih efektif untuk mengawal kemarahan yang membara. Lepas tidur biasanya kemarahan kita pun dah berkurang. Kita juga lebih tenang dan rasional selepas tidur.

Semoga tips daripada hadith ini dapat memberikan panduan berguna dalam kehidupan.

- Ad-Dien Abdul Kadir
Previous
Next Post »