Kelebihan Membaca Surah Al-Mulk

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”. 
(HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

Huraian Hadis :

Hadis ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.

Menjadi kebiasaan sesetengah orang adalah membaca surah ini selepas Solat Fardhu Isyak atau sebelum tidur diikuti dengan Doa Rabithah (Allahumma innaka ta'lamu...) dan Doa Alquran (Allahummarhamna Bil Quran....)

Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Previous
Next Post »