12 Perkara Kita Tahu Tapi Kita Tak Peduli (Gi mampus, kisah apa aku?)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1- Kita tahu, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat dibanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di Masjid atau Surau.

2- Kita tahu, bahawa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3- Kita tahu, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4- Kita tahu, bahawa orang yang berpuasa sunat kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api Neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tak nak menahan lapar.

5- Kita tahu, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu Malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6- Kita tahu, bahawa siapa yang membantu membangunkan Masjid kerana Allah SWT walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan Masjid, walaupun hanya dengan beberapa sen atau ringgit.

7- Kita tahu, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8- Kita tahu, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9- Kita tahu, bahawa Haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakan Haji, padahal kita mampu melaksanakannya.

10- Kita tahu, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah orang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam, walaupun sedang dalam segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam malah tidak ada usaha untuk melaksanakannya.

11- Kita tahu, bahawa hari Kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah SWT akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12- Kita sering menyaksikan orang-orang yang kita kenal dan kita sayangi meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

- Datok Zuahir Albantani

Semoga dapat 12 perkara yang kita tahu diatas kita berusaha untuk mempedulikannya dalam diri kita... :(

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan... :'(

Previous
Next Post »