Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Author
Title: Adab Bergambar Ketika Makan
Author: Mohd Noor Shawal
Rating 5 of 5 Des:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Syeikhu...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Syeikhuna Murabbi Dr Khaleel Ismail Elyas menegur salah seorang ahbabnya adab bergambar ketika makan.

Syeikhuna berkata, mengambil gambar sewaktu orang tengah makan tidak boleh kerana mereka dalam keadaan tidak bersedia, sehinggakan perkara ini menjadi kebiasaan orang ramai dan membuatkan Syeikhuna tidak terkejut dengan perkara ini.

Tambahan Syeikhuna lagi, mengambil gambar selepas selesai makan dalam keadaan pinggan kosong adalah perkara yang mengaibkan.

Syeikhuna berkata lagi : mengambil gambar sebelum makan adalah perkara yang baik atau pun mengambil gambar makanan sebelum makan juga perkara yang baik.

Tetapi sekiranya ingin mengambil gambar juga ketika sedang makan mestilah terlebih dahulu meminta kebenaran agar semua orang berada dalam keadaan bersedia.

Syeikhuna menambah lagi : Inilah adab yang diajarkan kepada kami oleh para masyaikh kami.

Ada sesetengah Ahbab yang mengambil gambar kami dalam keadaan mulut kami terbuka dan sedang makan, sesungguhnya kami malu untuk melihat gambar tersebut kata Syeikhuna.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top