Lirik The Faith - Mengingatimu (Photograph Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




MENGINGATIMU adalah sebuah lagu monolog, tentang diri kita seolah sedang muhasabah diri, mengenangkan perjuangan dan jasa Nabi saw untuk memastikan kita masuk syurga dan selamat dari neraka. Namun, apa yang kita balas? Adakah kita menghargai pengorbanan nabi terhadap kita?

****

The Faith di anggotai oleh 4 anak muda, bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records. Bakal menerbitkan single pertama tidak lama lagi. Membawa mesej ketuhanan, kemanusiaan, serta keagamaan, bagi memastikan anak muda kembali dekat dengan fitrah keimanan.

****

THE FAITH - MENGINGATIMU
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Photograph Ed Sheeran
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Video: Afiq Jamil
Designer: Aizat Farhan

(ANIQ)
Tika itu,
Ku teringatkanmu,
Mengenangi pengorbananmu,
Betapa kau,
Betapa kau menyayangi,
Betapa kau cinta,
Merinduiku..

Kau sering menangis untukku,
Kau sering berjuang untukku,
Kadang kau bersengkang mata,
Kau tidur tak lena
Mengharap bersamaku...

(FAHIMI)
Mengingatimu,
Membuat hati aku sayu,
Betapa kau menyintaiku,
Namun tak ku hargai,
Segala jasamu...

(AMIR)
Tika ini,
Ku teringatkanmu,
Mengenangi pengorbananmu,
Hmm..
Seringkali kau di hina,
Namun tak pernah sekali kau jemu,
Hmm...
Betapa engkau bersungguh demi untukku...
Hmm...

Kau tak mahu kami di seksa,
Walau kau sendiri di seksa,
Kadang kau di pukul musuh,
Kau teruk di cemuh,
Mengharap bersamaku...

(FAHIMI)
Mengingatimu,
Membuat hati aku sayu,
Betapa kau menyintaiku,
Namun tak ku hargai,
Andai dirimu,
Kini berada di sisiku,
Pasti dikau menangis pilu,
Melihat diri ini,
Jauh darimu,
Tak hargaimu,
Melupakanmu,
Maafkan daku.....
Ooooo....

(FIRDAUS)
Cukuplah diri,
Sampai bila kau mahu mengkhianati,
Pengorbanannya untuk kamu,
Agar dikau bahgia..

Betapa kejam,
Dikau membalas jasanya itu,
Dengan dosa yang engkau laku,
Cukuplah wahai diri...

(ANIQ)
Ku sedari,
Kau mahu bersama-samaku,
Ku juga mahu memelukmu,
Mendakap tubuh agungmu,
Wahai rasulku...

Previous
Next Post »