Kemuliaan Majlis Ilmu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



"Ulama berkata, ada banyak perkara yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada orang yang menghadiri Majlis Ilmu. Antaranya,

1. Orang itu mendapat Ilmu yang Bermanfaat.
2. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,orang itu berada di bawah Rahmat Allah سبحانه وتعالى .
3. Ialah Sakinah, Hati seseorang itu akan menjadi tenang. Dengan Zikr kepada Allah سبحانه وتعالى hati akan menjadi Tenang. Majlis Ilmu itu juga merupakan Zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda dalam hadis sahih, Riwayat Imam Bukhari, Dihapuskan dosa dosanya.
5. Dosa dosanya itu akan digantikan kepada Pahala.
6. Orang yang berada di dalam Majlis Ilmu sebenarnya dia duduk dengan Para Malaikat Allah سبحانه وتعالى . MasyaAllahh

Bila berada di dalam Majlis Ilmu, atas kepala orang yang hadir itu mempunyai 70 Ribu Malaikat Allah سبحانه وتعالى yang hadir bersamanya. Apakah kerja malaikat Allah? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda dalam hadis sahih, Mereka beristighfar untuk hadirin yang mengimarahkan Majlis Ilmu . Doa Malaikat Allah tidak akan berhenti sehingga orang itu usai daripada Majlis Ilmu.

Seseorang itu tidak akan mengimarahkan sesuatu ibadah melainkan dia dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى dan sudah tertulis namanya kemudian Allah سبحانه وتعالى berikan nama itu kepada malaikatNya. Kata Allah سبحانه وتعالى kepada para malaikatNya, "Aku sudah sayang dan cinta kepada Fulan Bin Fulan, Fulanah Binti Fulan, maka pada hari ini dan jam ini dia akan hadir Majlis Ilmu."

Sebelum kita nak pergi ke Majlis Ilmu yakni sudah berniat nak hadir Majlis Ilmu, penduduk langit sudah sibuk dan macam macam yang berlaku di langit. Sepertimana Sultan atau Menteri Besar jika nak ke satu tempat, sudah tentu mereka di tempat itu sudah sibuk untuk membentangkan karpet , hias dan sebagainya. Begitu jugalah bagi orang yang nak hadir Majlis Ilmu, penduduk langit yakni makhluk-makhluk Allah سبحانه وتعالى yang mulia disisi Allah سبحانه وتعالى , bahkan Allah sendiri yang menyambut orang itu dengan membentangkan karpet kepadanya daripada rumah sehingga ke Majlis Ilmu tersebut.

Apakah karpet mereka? Sayap para malaikat Allah. Makhluk yang tidak pernah fikir nak buat satu dosa. Allah suruh mereka bentangkan sayapnya untuk orang itu. SubhanaAllah. Diantara orang yang hadir Majlis Ilmu itu, kiri dan kanannya adalah cahaya Allah, dibawahnya sayap Malaikat Allah, atasnya Rahmat Allah سبحانه وتعالى . Seperti berada di dalam Syurga. Alhamdulillah. Nak apa lagi di dunia ini?

Al Imam Syafi'e رحمه الله تعالى berkata dalam kalamnya, "Demi Allah, aku tak suka hidup di dunia ini melainkan satu perkara sahaja, iaitu mengajar ilmu Syari'ah Islam."

Imam Ahmad Bin Hambal juga berkata, "Demi Allah, aku tak suka hidup di dunia ini melainkan satu perkara, iaitu mencari sanad ilmu yang tinggi, yang dekat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ."

[ Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى ]

Subhanallah hebatnya dan mulianya jika menghadiri majlis ilmu.. :')

Previous
Next Post »