Air Suam vs Air Sejuk

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi badan, juga untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar pemakanan, amalan meminum air sejuk mempunyai beberapa keburukan.

Ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan. Kesukaran mencerna lemak dalam badan selanjutnya akan menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan. Ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.

Manakala mengamalkan meminum air suam secara berterusan akan membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Ini baik sekiranya anda sedang mengamalkan program perlangsingan badan atau semasa anda diet.

Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.

Oleh itu, minum air yang secukupnya untuk badan anda, tidak kira sama ada anda mengamalkan meminum air sejuk atau air suam. Namun mengamalkan meminum air suam adalah lebih baik untuk tubuh badan dan kesihatan anda.

Previous
Next Post »