TIPS MUDAH MENABUNG

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Hari ni nak sahre satu tips yang mudah sangat nak kumpul duit... Jom baca apa tips nya... Dibawah post ini saya dah sediakan satu jadual untuk memudahkan korang lebih berdisiplin dalam mematuhi serta mengikuti tips ini... Boleh download ye.. :D

Tips ini digalakkan mula pada awal bulan iaitu pada 1 haribulan bagi setiap bulan. Pada 1hb, anda masukkan duit berjumlah RM1 ke dalam tabung. Selepas itu tandakan right pada kalendar yang anda sediakan sebagai tanda bahawa anda telah menyimpan duit pada hari itu.

Pada 2hb pula, anda perlu masukkan duit berjumlah RM2 ke dalam tabung. 3hb masukkan duit berjumlah RM3, 4hb pula masukkan duit berjumlah RM4 dan begitulah seterusnya. Pendek kata, jumlah simpanan untuk sehari adalah mengikut kepada tarikh pada hari-hari tersebut.

Sekiranya anda konsisten dalam menyimpan duit setiap hari, anda telah berjaya menyimpan duit selama sebulan sebanyak RM465 (untuk bulan yang mempunyai 30 hari).

Di sini saya sertakan cara kiraan untuk sebulan bagi gambaran yang lebih jelas:
RM1 + RM2 + RM3 + RM4 + RM5 + RM6 + RM7 + RM8 + RM9 + RM10 + RM11 + RM12 + RM13 + RM14 + RM15 + RM16 + RM17 + RM18 + RM19 + RM20 + RM21 + RM22 + RM23 + RM24 + RM25 + RM26 + RM27 + RM28 + RM29 + RM30 = RM465

Bagi kaedah ini, anda bebas menggunakan duit kertas atau duit syiling untuk dijadikan simpanan. Apa yang penting adalah jumlah duit itu cukup bagi amaun simpanan yang telah ditetapkan mengikut tarikh pada hari-hari tersebut.


Digalakkan untuk meletakkan jadual diatas ini di tempat yang senang untuk dilihat seperti di hadapan cermin, di sebelah televisyen atau di tempat letak kunci kereta.

Previous
Next Post »