5 Sebab Kenapa Kita Harus Shopping Online di Shoppu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Shoppu adalah platform e-dagang yang paling pantas berkembang di Malaysia dengan tumpuan yang kuat untuk menyediakan penjimatan dan insentif terbaik kepada pembeli dan penjual. 

Shoppu menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang terbaik dengan harga terbaik dalam pelbagai kategori produk termasuk Mobile & Tablet, Home & Living, Peralatan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Fesyen & Aksesori, Pakaian Muslimah, Mainan, Kanak-kanak & Bayi, Elektronik Pengguna, dan Pelancongan & Bagasi. 

Dengan jualan dan kod baucar yang gempak, anda akan sentiasa kembali lagi untuk membeli di Shoppu. 


Membeli dengan selamat dengan perkhidmatan pembayaran yang selamat termasuk integrasi Maybank EzyPay dan ulasan yang boleh dipercayai yang kini semuanya dihujung jari sahaja.

Jadi jom kita teruskan 5 Sebab Kenapa Kita Harus Shopping Online di Shoppu.
  1. Harga lebih murah

    Disebabkan kos promosi yang rendah, peniaga boleh meletakkan harga yang lebih murah berbanding kedai fizikal. Mungkin anda beranggapan kos penghantaran sangat tinggi dan tidak berbaloi. Caranya, beli lebih banyak barang dari kedai sama. Sesetengah kedai menawarkan penghantaran percuma atau pun menawarkan kad diskaun voucher apabila pembelian anda mencecah jumlah tertentu. Ini adalah strategi mereka menarik pelanggan, anda perlu membaca dan memilih terma dan syarat dengan bijak.

  2. Lebih banyak pilihan

    Membeli belah di Shoppu, membolehkan anda menemui produk yang unik, lain dari yang lain, susah didapati dan pada harga yang boleh dibandingkan dengan mudah. Secara fizikal, tentu sukar membandingkan barang di kedai A dan kedai B yang mungkin saja terletak di negeri berbeza-beza! Selain itu, pilihan anda juga lebih banyak, dari serata dunia, tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan melancong ke negara asing!

  3. Membuat kejutan buat yang tersayang

    Oleh kerana anda boleh menjadualkan pesanan anda, anda tak perlu menyembunyikan hadiah untuk tersayang sebelum tiba masanya. Dan kerana anda boleh membeli belah tak kira masa, anda tak perlu sembunyi-sembunyi keluar rumah yang mungkin boleh menimbulkan prasangka. Lebih manis, walau pun lokasi anda jauh, anda tetap boleh memberikan kejutan. Selain itu bagi anda yang pelupa, anda boleh menjadualkan pembayaran anda dan membolehkan pesanan anda diproses dan tetap sampai pada masa yang tepat supaya tersayang anda tak kecewa.


  4. Membandingkan harga

    Membeli belah di Shoppu, membolehkan anda membandingkan harga dengan mudah. Selain itu, anda boleh merujuk komen atau testimoni pengguna berkenaan produk yang anda sedang bandingkan. Sesetengah orang bukan saja mementingkan harga, tetapi kualiti, kuantiti, pendapat umum malah apa saja boleh mempengaruhi 'nilai' harga bagi seseorang.

  5. Belian yang sistematik

    Psikologi dan strategi jualan di kebanyakkan pasar raya sengaja direka untuk memerangkap pembeli supaya membeli lebih dari yang dirancang. Tumpuan akan terganggu hingga menyebabkan kita 'terbeli' sesuatu yang tak perlu seterusnya menyebabkan pembaziran. Jika kita membeli secara maya di Shoppu, perkara ini dapat dielakkan kerana kita tidak dipengaruhi oleh faktor lain. 


Previous
Next Post »