Tamat Sudah Pengajian Di Kolej Matrikulasi Selangor

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Alhamdulillah, tamat sudah pengajian selama satu tahun di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).

Actually ada banyak bende nak cite pasal sepanjang di KMS ni.. As usual, masuk matrik susah sikit nak adakan masa untuk blog blog ni huhuhu...

and kalau perasan aku xpenah update pape pun pasal matrik ni dalam blog aku kan? Hah, kenapa? Kecewa masuk matrik kah? Eh, xde lah cuma xde masa, and memang plan nak luah semua bende pasal matrik ni dalam satu post je, kasi puaih habis..

Aku percaya ramai adik adik kat luar sana yang dah habis spm or yg tengah spm ni keliru pasal matrik ni, unless kalau adik beradik yang penah graduate dari matrik.. Even aku pun xthu sangat pun pasal matrik ni, sebelum  masuk apa yang aku tahu hanyalah dongengan kata kata dari orang yang biasa korang dengar or korang akan dengar seperti :

1- 'Nak masuk matrik ni bukan senang tau, bebudak pandai je boleh masuk...'
2- 'Matrik ni susah weh, setahun belajar semua bende, boleh pecah kepala otak kau...'
3- 'Budak matrik dapat elaun weh, untung giler...'

hah dan banyak lagi lah mesti korang penah dengar kan, tapi kenapa aku boleh ignore semua bende tu dan tetap masuk KMS ni? Haaa nanti aku rungkai satu persatu k...

First of all, aku nak cite kat korang pasal program matrik ni dan macam mana coursenya dan sebagainya.. Maybe ada diantara korang penah baca macam mesej dibawah ni melalui viral whatsapp, tapi kali ni aku nak rungkai dan ubah kepada pendapat dan pengalaman aku sendiri sepanjang berada di KMS..

Apa Yg Korang Akan Belajar Di Matriks ?

1) PST Modul 1 (Biologi, Fizik, Kimia, Maths)
2) PST Modul 2 (Fizik, Kimia, Maths, Komputer Sains)
3) PST Modul 3 (Biologi, Kimia, Maths, Komputer Sains)
4) PST Modul Perakaunan (Ekonomi, Business, Math Perakaunan, Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan)
5) PDT Modul 1 (Biologi, Fizik, Kimia, Maths)
6) PDT Modul 2 (Fizik, Kimia, Maths, Komputer Sains)
7) PDT Modul 3 (Biologi, Kimia, Maths, Komputer Sains)

Modul 1, biasanya terdiri dari mereka yang cemerlang resultnya ketika SPM. Pihak kolej menyenaraikan mereka sebagai Modul 1 kerana mereka percaya bahawa pelajar-pelajar Modul 1 mampu belajar subjek-subjek ini dengan baik. Lepasan Modul ini biasanya boleh jadi doktor kerana ada Fizik dan Biologi.

Modul 2, yang ini pula terdiri dari pelajar yang kebanyakannya power dalam subjek mengira seperti Matematik dan Fizik, dan 90% daripada mereka amat benci subjek Biologi kerana mereka tidak suka menghafal fakta, nama spesies, kitaran dan macam-macam lagi. 

Modul 3, berlawanan dengan Modul 2. 90% amat bencikan Fizik, sebab itu mereka rela mengambil subjek Biologi kerana bagi mereka, Biologi ini senang, hafal sahaja. Dan nisbah lelaki kepada perempuan untuk modul ini ialah 1:5, maksudnya lelakinya terlalu sedikit.

Basically, di matrik, subjek terbahagi kepada DUA.

SUBJEK TERAS , iaitu subjek-subjek yang anda kena STUDY untuk EXAM nanti iaitu Kimia, Sains Komputer, Fizik, Biologi, Matematik Sains/Akaun, Ekonomi, Business, Math Perakaunan, Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan. Subjek-subjek inilah yang akan menentukan pointer anda bergantung kepada Modul yang korang terpilih atau korang pilih.

SUBJEK WAJIB, iaitu tak perlukan exam tapi kene buat ASSIGNMENT. Contohnya Pendidikan Agama Islam/Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum.

Mari kita selusuri satu persatu ;

a) Matematik

Sama macam Add Maths yang anda belajar ketika SPM, cuma dia gabung sekali dengan Math Modern seperti Matrices. Untuk pelajar sains, topik Matematik yang paling famous dan sentiasa menjadi sebutan ramai ialah Integration dan Differentiation. Anda juga akan belajar topik baru seperti Polynomial, Conics, First Order Differential Equation, Numerical Method dan Random Variable. Cuma korang takkan belajar lagi dah Linear Programming dan Index sebab itu khas untuk pelajar akaun je. Tapi jangan lupa, topik seperti Vector, Trigonometry Functions masih ada okey. T___T


b) Kimia

Semester 1, anda akan belajar balik apa yang anda mula-mula belajar form 4, bermula dari apa itu atom, nucleus, isotopes bla bla bla. Semester 1 kebanyakan topik melibatkan calculation seperti kira Equilibrium Constant, concentration of product and reactant, Ideal Gas Law yang guna formula PV=nRT, De Broglie dan macam-macam lagi. Dan anda juga akan belajar tentang Periodic Table, explain perubahan element secara ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Oh ya, paling seronok yang lukis orbital overlapping, dia macam lukis atom itu tapi macam lukis chromosomes -.- Kemudian, cara nak tulis electron configuration dah lain, xsama langsung macam sekolah dulu, dia guna spdf notation, rasanya jauh lebih faham bila guna spdf notation ni sebab sesuai untuk korang yang dah ada pengetahuan tentang orbital bagai tu.. Bingung? Alah senang je ni. Nanti korang akan belajar ya. Tak susah.

Semester 2, 3 bab terawal calculation, dan seterusnya anda akan belajar Organic Chemistry, bermula dari intro, hydrocarbon, benze, haloalkanes, alcohol, carbonyl, carboxylic acid, amine, amino acid dan polymer. Anda akan belajar tentang tindak balas kimia organik yang saling interrelated with other organic dan sangat best sebab eksperimennya warna-warni gitu. Anda juga akan belajar naming kimia organik dan kena hafal beberapa reagent dan test seperti Brady Test digunakan untuk menguji kehadiran Carbonyl Compund dengan menggunakan reagent 2,4-dinitrophenylhydrazine.


c) Fizik

Jangan anggap subjek ini susah. Percayalah. Fizik yang anda belajar ketika SPM jauh bezanya dengan matrik. Fizik di sini senang, simple. Kalau SPM, korang kena buat essay kan? Kena choose 1 dari 4 pilihan bahan dan huraikan kenapa. Kena explain itu dan ini. Tapi di matrik, 85% soalan Fizik ialah Calculation. Diulangi, CALCULATION. Saya dulu pun, teramat benci dengan subjek Fizik, tapi di matrik, fikiran saya berubah. Fizik di sini, korang hanya perlu faham konsep dan tahu guna formula. Tapi, formula kena hafallah of course. Saya pun dah tak ingat ada berapa ratus formula haha. Tapi jangan risaulah. Once korang rajin buat tutorial (latihan) yang diberikan oleh pensyarah, korang akan ingat formula itu sampai bila-bila. Definisi dan laws sedikit je kena hafal. Di matrik, Sem 1, anda akan belajar Fizik Kuno. Eh. Maksud saya, Fizik yang motion, yang gravity, thermodynamic. Perlu diingatkan bahawa resolving kepada component x dan y akan sentiasa menemani anda untuk anda jadikan free body diagram itu seimbang dari semua sisi. In Shaa Allah pensyarah anda akan terangkan dengan lebih detail. 

Semester 2 pula, Modern Fizik. Korang akan belajar Elektrik, Elektromagnetik, Light, Physical Optic dan segala yang berkaitan dengan nuclear. Tapi senang. In Shaa Allah. Tak susah. Malah chapter 10 iaitu Wave Properties of Light hanya ada 1 formula asas saja, dan lecture note chapter 10 ialah 2 muka surat sahaja.


d) Biologi

Untuk Sem 1, anda akan belajar balik sedikit apa yang telah anda belajar ketika SPM. Bab 1 dimulakan dengan Molecules of Life. Tapi dia agak Kekimiaan sedikit sebab korang kena tahu hafal struktur beberapa compound essential yang ada dalam badan kita, macam amino acid dan water. Kemudian korang akan belajar tentang cell, cell division tetapi dengan lebih mendalam lagi. Mendalam di sini bukan bermaksud huraian yang mendalam, maksud saya, korang akan memasuki lebih DALAM lagi struktur itu. Jangan risau, chapter Reproduction masih ada -.- Dan biasanya ramai yang skor A dalam sem 1. 

Sem 2, bab 1 ialah biodiversity. Korang perlu tahu banyak nama-nama phylum itu ini, sebab kita ada 5 kingdom iaitu animalia, protista, plantae, monera dan fungi. Kemudian untuk setiap kingdom akan pecah lagi, lepas tu pecah lagi. So korang akan hafal dan kena tahu juga struktur yang ada pada semut, labah-labah, sotong, singa, lembu, fungi, seriesly menarik sangat. Tapi korang tak usah risau dan cemas bila bukak bukak sem 2 je masuk bab ni, sebab bab ni hanya akan keluar dalam soalan Essay pilihan, xminat xyah ar jawab soalan tu, habis cerita. Tapi, series ni bab bab lepas tu semua menarik, aku xthu lah kenapa, tapi semua bab bab dalam sem2 ni sangat sangat menarik, melibatkan proses dan sebagainya, lagi senang nak hafal bab bab proses ni, cuma bila nak bagi faham tu kena fokus lebih masa Kelas Tutorial and Kuliah, and then no problem lah! Sebab kita belajar pasal diri kita, proses dalam diri kita, satu keistimewaan yang sangat besar bagi pelajar yang amik bio ni dapat hayati dan dalami ciptaan Allah SWT dalam diri sendiri, Subhanallah,,


e) Sains Komputer

Bermula dengan Sem 1 korang cuma ada 4 chapter je. Intro to IT, Computer System, Network dan Security. Korang just baca je. Dan korang akan jumpa logic gate macam dalam chapter Electronic Fizik form 5, tapi serius, senang nak faham. Korang juga akan belajar macam mana nak tukar binary ke decimal, decimal ke hexadecimal and so on. Ingat lagi tak chapter number base yang korang belajar dalam Matematik tingkatan 5? Dia lebih kurang macam begitulah. Itu je sem 1. Tak susah. Senang. 

Sem 2 pun sama juga. Ada 4 chapter. Korang akan belajar tentang Multimedia, Database dan Information System. Tapi, part yang last sekali ialah PROGRAMMING. Chapter yang agak mencabar tapi menarik. Programming taklah susah mana pun. Senang je. Yang penting fikir logik. Korang akan belajar macam mana nak buat IPO, nak buat pseudocode dan flow chart. Dia lebih kurang macam begini. Korang nak cari luas segi tiga. So, input korang mestilah ada base dan height bukan? Proses korang ialah area = base * height * (½) dan of course, output korang ialah area of segi tiga. Senang je. Kemudian mungkin korang akan bingung sikit dalam penulisan C++. Korang akan transfer balik pseudocode yang korang buat tadi tu kepada C++. Korang kena tahu header file seperti #include <Iostream> lepas tu korang ada cin, cout, int (), return 0 and so on. Tapi trust me, tak susah, yang penting kene ada minat. Masa lab paling best sebab korang akan buat coding je memanjang smpi paham...


f) Pendidikan Islam/Moral

Subjek ini wajib tapi tak masuk dalam pointer. Macam sekolah menengah, korang akan belajar tentang islam, akidah, ibadah, sirah. Kadang ustazah atau ustaz tu akan huraikan tafsir al-quran. Dan biasanya korang kena buat video pendek atau slide mengenai agama Islam sebagai Assignment. Tak susah pun.

Untuk Moral saya tak sure. Tapi of course dia sama macam Moral yang korang belajar kat sekolah. Ini untuk student non-Muslimlah. Dan biasanya korang pun kena buat video atau slide juga.

Subjek ini korang akan ambil 1 sem je.

g) Kemahiran Dinamika

Dia lebih kepada pengurusan diri, interpersonal dan warganegara. Korang akan belajar tentang pengurusan masa, macamana nak makan dengan betul mengikut etika, macam mana nak berkomunikasi secara efektif dan bagaimana cara anda untuk menghargai tanah air kita yang tercinta. Sama macam Agama Islam, korang juga kena buat video pendek atau slide atau portfolio. Semua ni markah effort untuk penilaian berterusan (PB). Subjek ni mungkin nampak macam bosan, tapi seriesly best sebab rilek rilek je belajar, xmahu stress stress..

Sama macam Agama Islam, belajar 1 sem je.

h) Kokurikulum

Subjek ini juga 1 sem dan terbahagi kepada 2. Sama ada anda akan dapat Sukan/Permainan atau Kelab/Persatuan. Ikut nasib kelas koranglah kan. Dan biasanya 2 jam seminggu. Koko kat matrik xsama langsung macam disekolah au, korang lagi bebas sikit, and pensyarah koko semua best best. haa xcaya sudah...


i) Bahasa Inggeris

Subjek ini korang akan belajar untuk MUET bagi sem 1. Sem 2 korang akan fokus untuk group presentation dan folio. Speaking, reading, listening dan writing itu semua yang korang akan belajar. Dan adalah amat digalakkan agar anda bertutur menggunakan bahasa Inggeris setiap kali kelas BI. 


Subjek-subjek Akaun?

Aku minta maaf untuk pelajar akaun, sebab xdpt nak describe satu per satu pasal subjek subjek akaun sebab aku pelajar sains huhu..

Apa beza PST dan PDT ?

Mesti korang tertanya tanya kan apa beza PST dengan PDT? Okay aku xleh nak terangkan secara detail, but for a rough idea aku boleh bagi korang penerangan sikit je... PST ni sebenarnya Program Satu Tahun, while PDT ni pulak Program Dua Tahun.. PST duk matrik 2 sem je, tapi PDT duk matrik 4 sem weh.. hahaha.. Cth beza dia eh, kalau math PST sem 1 belajar 10 bab, tapi PDT sem 1 hanya belajar 5 bab awal daripada 10 bab pelajar PST, manakala 5 bab yang seterusnya diorang belajar sem 2... Sama jugak ar kalau sem 3 dan sem 4, kalau xpaham jugak sorry ar aku xreti nak describe cam mana dah hahaha...

Lets go, betulkah apa yang orang kata pasal matriks nih ? 

1- 'Nak masuk matrik ni bukan senang tau, bebudak pandai je boleh masuk...'

betul beb, nak masuk matriks ni memang susah... Tapi xsure ar ngan statement 'bebudak pandai je boleh masuk' tu sebab aku sendiri pun xde ar pandai mana masa spm dulu... Its all about rezeki, kalau dah rezeki kau kat matriks, terima je ar... Kalau xdpt matrik, maksudnya rezeki kau kat tempat lain, ingat ni nasihat aku, sentiasa lah bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT, jangan asyik negatif je huhu..

2- 'Matrik ni susah weh, setahun belajar semua bende, boleh pecah kepala otak kau...'

Okay bab ni aku xberani nak describe lebih lebih, sebab bagi aku matrik ni jauh lebih rilek dari struggle aku masa spm dulu xde ar smpi pecah otak bagai... kalau bab tadi pasal rezeki, kalau untuk statement ni, Its all about attitude.. kalau kau malas, xwat keje memang gagal lah weh, kau masuk diploma pun kalau malas malas, macam mana Allah nak tolong kau.. And also, ibadah tu jaga terutamanya yang wajib, hubungan dengan manusia pun jaga terutamanya ibubapa, kawan, and pensyarah.. Heih, matrik susah ke x nih? Heih I already told u, its all about attitude, depend on u, depend on ur own effort.. okay baby? hahaha

3- 'Budak matrik dapat elaun weh, untung giler...'

Ye beb memang dapat elaun.. Alhamdulillah.. Untung giler ke? Yaaaaa sangat untunggggg... Salah satu rezeki yang patut disyukuri adalah dapat elaun... And gunakan lah sebaik mungkin untuk perkara yang berfaedah, jangan salah guna pulak.. aduh huhu..




Rasanya tu je ar kot penerangan bab matrik ni, actually aku nak uploaddd banyakkkkk gambar aku ngan kekawan aku sepanjang kat KMS ni, but kalau nak boleh lah usha sendiri kat insta aku @mohdnoorshawal, promot insta pulak aku ni ye hahahaha... 

Haaa bagi yang blogger, actually ada Kelab Blogger KMS tau KMS nih, aku yang tubuhkan kelab tuh hahahaha Alhamdulillah best ar jugak, malas pulak nak cite proses tubuh kelab ni, sebab panjang, kalau rajin aku buat post asing nanti pasal Kelab Blogger KMS nih k.. 



Kalau ada nak tanya pape pasal matrik ni, just leave a comment below, kalau ada masa aku try reply.. 

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
May 12, 2017 at 11:55 AM ×

Nice sharing shawal. InsyaAllah, berguna untuk adik adik kelak dan good luck untuk awak.. InsyaAllah, mudah mudahan Allah permudahkan masa depan awak.

Reply
avatar
Abam Kie
admin
May 12, 2017 at 11:03 PM ×

As salam. Thanks for sharing this article on your life at matric centre. I will share this article with my students.

Reply
avatar
May 15, 2017 at 10:25 AM ×

@Anis Khalilah ameen.. tq kak ^^

@Abam Kie wah alhamdulillah tq abam kie.. :)

Reply
avatar