Kisah 2 Pengembara Bermusafir

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



HikerPada zaman dahulu ada seorang wali Allah swt yang sangat suka mengembara. Lalu datang seorang pemuda Nasrani, mohon untuk mengikutnya.

"Engkau tidak akan dapat bersabar denganku," kata wali itu.

Namun, setelah berkali² merayu, akhirnya wali itu membenarkan pemuda tersebut mengikutnya mengembara. Setelah 7 hari berjalan, bekalan makanan mereka pun habis. Kudrat mereka semakin lemah. Lalu pemuda itu berkata kepada Wali, "berdoalah kepada Tuhanmu & mohonlah kepadanya sedikit makanan. Jika Tuhanmu benar, pasti DIA akan mengasihani kita.

Wali itu berdoa, "YA ALLAH, janganlah KAU malukan aku di hadapan Nasrani ini. Tunjukanlah kami akan kurniaan-Mu agar dia dapat mengerti kekuasaan-Mu".

Tidak lama selepas itu, turunlah satu dulang hidangan dari langit. Mereka pun menikmatinya dan terus berjalan. Wali tersebut berasa sangat bersyukur kerana Allah swt memperkenankan doanya. Seminggu selepas itu mereka kembali lapar dan tidak bermaya kerana sudah lama tidak menjamah makanan.

Pemuda Nasrani sekali lagi memandang wali itu, tetapi kali ini wali tersebut bijak. Beliau ingin menguji pemuda itu pula.

"Sekarang giliran engkau pula, wahai anak muda. Berdoalah kepada tuhanmu supaya dikurniakan sedikit makanan buat kita. Kalau tuhanmu benar, pasti Dia akan mengasihanimu". kata wali itu.

Lalu pemuda pun berdoa dengan perlahan. Tidak lama selepas itu, turun 2 dulang hidangan dari langit. Pemuda itu sangat gembira lantas mempelawa Wali untuk makan bersama². Wali itu menolak dgn berkata, "Aku tidak akan makan selagi engkau tidak memberitahuku apa doamu tadi".

Pemuda itu tersenyum dan berkata, "Jangan khuwatir wahai Wali Allah. sebenarnya sejak hari pertama aku mengikutmu, aku sudah berminat dengan agamamu. Sewaktu aku melihat hidangan turun dari langit selepas engkau berdoa, aku terus berasa yakin bahawa agamamu adalah yang benar. Lalu terus aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah swt. Sebenarnya tadi aku berdoa kepada Allah swt iaitu jika benar pilihan yang aku buat ini, maka turunkanlah sedikit rezeki. Ternyata Allah swt itu benar.

"Benar wahai pemuda. Tahukah engkau mengapa aku hanya mendapat sehidangan, tetapi engkau mendapat dua? soal wali itu."

"Orang islam akan mendapat satu anugerah iaitu kerana mengikuti ajaran Rasulullah Saw, manakala orang Nasrani yang memeluk Islam akan mendapat dua anugerah. Satu kerana mengikuti ajaran baginda dan kedua kerana menuruti wasiat Nabi Isa supaya mengikuti ajaran Rasulullah Saw," terang wali itu. 


Subhanallah.. Semoga dapat dijadikan pedoman buat kita.. :)
Team Dakwah Islam

Hiker Telegram : t.me/TeamDakwahIslam Hiker
Hiker Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam Hiker
Hiker FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda Hiker
Hiker Twitter : twitter.com/DakwahWords Hiker
Hiker Blog : http://bit.ly/2q7sN8F Hiker

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png