10 Tips Meninggalkan Amalan Ber'couple'

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi whatsapp, wechat dan sebagainya digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Ramai remaja yang di luar sana tidak sedar atau sengaja 'buat-buat' tidak sedar tentang larangan Islam terhadap perbuatan buruk ini... Sudah tentu apabila sesebuah pasangan remaja yang tidak mempunyai ikatan yang sah yang membuat amalan ini akan mengakibatkan Ikhtilat tidak terjaga! Dan apabila Ikhtilat tidak terjaga, maka bermulalah pelbagai perkara yang tidak di-igini berlaku... Nauzubillah... 


Jadi, apa tunggu lagi? Jom Stop Couple!

1. Bertaubat
Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan mengulangi. Memperbanyakkan solat taubat siang malam.

2. Kuatkan Hati
Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar nombor telefon bimbit. Ada juga yang taknak menukar nombor telefon dan berniat berhenti atau block di whatsapp/wechat. Tetapi percayalah, cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk dan terus memujuk.

3. Elakkan Kebosanan
Oleh kerana dah terbiasa whatsapp/wechat atau OTP (On The Phone)/Call. Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.

4. Membaca Buku Tarbiyah
Contoh terbaik novel tautan hati, Seindah Mawar Berduri, Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul oleh Ustazah Fatimah Syarha atau Tentang Cinta oleh Pahrol Mohd Juoi, Matahari oleh Hilal Asyraf dan banyak lagi.

5. Memperbaiki Penampilan Diri
Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki tertutup dengan sempurna. Tiada ketat, tiada singkat, tiada terdedah, tiada nipis dan afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah bagi perempuan. Bagi yang lelaki pun sama, jagalah aurat yang simple tu je, dari pusat hingga lutut, keluar bersukan sekalipun jagalah aurat, INGAT! Kita akan dipersoalkan di mahsyar kelak tentang perbuatan kita! So, jaga aurat!

6. Jika Masih Belajar
Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang bermanfaat untuk mental dan fizikal.

7. Padam Lagu Jiwang
Lagu-lagu jiwang dalam hp,laptop dll-tukarkan kepada zikir, alunan qasidah, selawat, tilawah quran yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.

8. Selalu Perbetulkan Niat
Yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti bertemu jua.

9. Memperbanyakkan Ingat Mati
Cukup kematian sebagai peringatan.

10. Hayati dan Sematkan dalam Jiwa Ayat dibawah 
Allah berfirman-"Kamu menyangkanya perkara kecil,sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya" (Surah an-Nur: 15)

Kita buat apa ALLAH suka,
ALLAH beri apa kita suka

Memang susah nak berubah, tapi jangan mengalah! Teruskan usaha dan yakin pada Allah SWT!
 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Team Dakwah Islam

❄ Telegram : t.me/TeamDakwahIslam ❄
❄ Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam ❄
❄ FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda ❄
❄ Twitter : twitter.com/DakwahWords ❄
❄ Blog : http://bit.ly/2q7sN8F ❄

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png