10 Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta Dengan Dakwah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Anda tahu anda sudah jatuh cinta berguling-guling dengan dakwah bila:

1) Anda rasa puas dan seronok dengan program-program tarbiyah, meski anda penat macam tapir hutan berlari laju menyelamatkan diri dari pemburu (nafsu).

2) Anda gembira dan terharu sampai nak nangis melihat perubahan diri anda dari seekor raksasa gorgon kepada Ultraman Daina.

3) Anda look forward nak pergi usrah, teruja dan tercari-cari sepertimana anda pernah tercari-cari nak pergi konsert K-Pop suatu ketika dahulu.

4) Anda dengan selamba bawa keluar duit kertas berkeping-keping dari dompet anda tanpa mengira jumlahnya bila ada orang minta infaq untuk dakwah.

5) Anda rindu sangat nak jumpa ikhwah/akhowat (sahabat alim) untuk sembang dakwah dan borak tarbiyah, walaupun baru je jumpa 5 minit tadi.

6) Anda rasa sangat sedih melihat ramai orang di luar sana lemas di dalam lautan jahiliyyah, sehingga terasa macam nak peluk mereka ni dan cakap, “Takpe takpe, mak ada di sini.” Eh.

7) Setia habis program, soalan pertama yang anda tanya adalah, “Bila next program?” sambil mata anda terkedip-kedip macam budak kecik nak minta mainan.

8) Anda sanggup travel jauh, travel malam-malam, hanya sebab nak pergi program atau jumpa shuyukh dakwah dan kemudian travel balik semula sebab esoknya kerja/ada kelas. 

9) Anda kurang masa untuk diri sendiri kerana banyak masa anda dihabiskan untuk tarbiyah dan dakwah, dan anda tidak sedar/kisah pon pasal benda tu, sebab anda ada banyak lagi kerja lain nak buat.

10) Bila ada orang cakap, “Eh kau dah berubah la, tak macam dulu!” anda hanya mampu tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah, kerana deep inside, anda tahu anda dah berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. ☺️

Jika anda mengalami beberapa atau semua simptom di atas, tidak perlu risau atau berbuat apa-apa. Keep calm and continue with your life as usual.
Dan tahniah kerana anda sedang dalam perjalanan untuk menjadi saorang dai'e sejati! Alhamdulillah!

 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Team Dakwah Islam

❄ Telegram : t.me/TeamDakwahIslam
❄ Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam
❄ FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda
❄ Twitter : twitter.com/DakwahWords
❄ Blog : http://bit.ly/2q7sN8F ❄
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Ainul
admin
May 15, 2017 at 8:53 AM ×

Alhamdulillah, syukur dapat berdakwah , banyak halangan dan cabaran

Reply
avatar
May 15, 2017 at 10:24 AM ×

@Ainul alhamdulillah.. terus kuat sis.. ^^

Reply
avatar