Syurga Bukan Untuk Orang Yang Sombong

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Nak masuk Syurga tak boleh sombong, atau rasa diri sendiri lagi best dari orang lain. Beramah mesra lah dengan makcik cleaner, pak guard, orang belum lslam, sesiapa sahaja. Jom bersihkan hati!



قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

(Surah al-A'raf: Ayat 13)


*إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ*

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

[Surah al-Hajj 23]

Ini ganjaran yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan ganjaran syurga yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan.

Kalau nak masuk syurga, jangan sesekali sombong, jangan buat kerosakan, jangan buat maksiat dan jadilah orang yang bertaqwa. Firman Allah swt:

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوّاً فِي الْأَرْضِ وَلا فَسَاداً وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapatkan pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan, dan kesudahan (yang baik) itu (syurga) adalah bagi orang-orang yang bertakwa”

(Surah al-Qasas 83)


Berkata Sayidina Ali bin Abu Talib r.a:

1. Siapa yang merindui syurga, dia akan segera melakukan kebaikan.
2. Siapa yang takut pada seksa neraka, dia akan berhenti mengikut hawa nafsu.
3. Siapa yakin akan tibanya kematian, dia tidak akan terlena dengan kesenangan dunia.
4. Siapa yang mengetahui bahawa dunia adalah tempat ujian, semua musibah akan dirasakan ringan.

Biarlah kita berpenat didunia dengan amal soleh dan kerja-kerja memartabatkan Islam, moga kita dapat berehat dengan damai di Syurga yang penuh keindahan. Ya Allah, aku memohon keredaan dan syurgaMu dan jauhkan dari murka dan nerakaMu. Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png