Lirik The Faith - JAUHILAH (Shape Of You Cover)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه







Lirik: Ustaz Adnin.
Lagu asal: Ed Sheeran.
Producer: Ustaz Adnin
Mixing & Mastering: Amin Nordin.
Video: Afiq Jamil.
Designer: Ubai Zaidi
TARBIAH SENTAP RECORDS




VERSE(ANIQ)
Tenggelam hanyut terlena,
Terbenam mabuk lalai jatuh dan leka,
Kisah ini adalah tentang aku,
Yang di goda dengan cinta..



Jika kau mahu tahu,
Kisah silam ku ini,
Ku pilih tuk bercerita oh,
Agar setiap kali kau melaluinya,
Kau mampu bertahan,
Dan kau mampu menang!



PRE CHORUS(FIRDAUS)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...



CHORUS(FAHIMI)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!



VERSE 2(AMIR)
Tipulah ku tak terumbang-ambing,
Dengan godaanmu itu,
Sungguh hatiku ini,
Berdebar tuk memilih,
Antara nafsu dan wahyu..



Ku terus ulang dan ulang,
Pesanan tuhan untukku,
Agar jauhi zina tercela,
Dan terkadang aku sangsi,
Namun ku sedari,
Dosa takkan buat ku bahgia,
Lalu ku bertahan..



PRE CHORUS(AMIR)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...



CHORUS 2(FAHIMI)
Teman jangan dikau hanyut,
Dengan cinta buta mengarut,
Pasti amalmu serabut,
Aku harap kau jauhi..
Dan waspada ikhtilatmu,
Agar hatimu tak terganggu,
Andai nikah kau masih lagi tak manpu,
Aku harap kau jauhi(3 kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu..



BRIDGE(ANIQ)
Jagalah dirimu teman(8 kali)



CHORUS(FIRDAUS)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu,
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!


Segmen: Bloglist Haslina : July 2017

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Tag :
http://kasihkuamani.blogspot.com/
http://www.inanihazwani.com/
http://cikash.blogspot.com/

Lirik The Faith - Dengarilah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




(Aniq)
Aku pernah 
Dengar cerita
Tentang dunia
Akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
Oh, teman…

Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama
Direndahi dan dihina
Hina…

Kita terus bergaduh
Sesama sendiri
Musuh bersatu
Terus menghancuri

Hingga kita terus hanyut
Dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil!
Dan arah tuju!

(Amir)
Oh! Ku,
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Oh yeah,


Ya, mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh…

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

(Firdaus)
Oh, tidakkah kau 
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak 
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Fahmi)
Oh, jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila

Kau sanggup bermaksiat
dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu
untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah
bahkan bangga,
Buka buka buka tuk 
mengejar pujian dan nama

Yang menutup aurat
pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga 
pandangan mata!

(Amir) 2x
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku kan ke syurga

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

(Firdaus)
Oh, tidakkah kau
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

(Amir)
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

(Firdaus)
Dengarilah wahai teman…
Hayati dan fahamilah…

(Amir)
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

(Firdaus)
Dosa kecil dosa besar…

(Fahimi)
Wahai teman sampai bila?

(Aniq)
Dengarilah…

Lirik Soutul Amal - Tujuh Dinar Terakhir

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Semakin hampir...
Detik kematian...
Suratan takdir takkan dilengahkan...

Diri khuwatir…


Resah perasaan...
Dinar terakhir… Masih tersimpan...

Apakah jawapan ku nanti…
Pabila menghadap tuhanku…
Sedangkan tujuh dinar ini...
Masih ada di tanganku… 
Ohh... Akhirnya tujuh dinar…
Di agih...
Barulah… Tenteram nurani…
Menuju kasih tertinggi…
Dunia… Bukan halangan...

Tujuh dinar… Terakhir lambang kesederhanaan…
Bukti keamanahan Rasulullah…
Dia pemimpin ulung…
Dia kekasih agung...
Siapakah kita… Dimana berada..

Tujuh dinar… Terakhir lambang kesederhanaan…
Bukti keamanahan Rasulullah…
Dia pemimpin ulung…
Dia kekasih agung...
Siapakah kita… Dimana berada..

Ya Rasulullah…
Terlalu agung peribadimu…
Engkaulah Qudwah…
Pimpinan dambaan ummah…

Baginda kekasih Allah…
Di tangannya kunci khazanah
Dunia.. bukan dambaannya..

Cintanya ar-Rafiqul A’laa
Cintanya ar-Rafiqul A’laa

Tujuh dinar… Terakhir lambang kesederhanaan…
Bukti keamanahan Rasulullah…
Dia pemimpin ulung…
Dia kekasih agung...
Siapakah kita… Dimana berada..

Tujuh dinar… Terakhir lambang kesederhanaan…
Bukti keamanahan Rasulullah…
Dia pemimpin ulung…
Dia kekasih agung...
Siapakah kita… Dimana berada..

Ya Rasulullah…
Ya Rasulullah…
Ya Rasulullah…

Solat Sunat Fajar

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Perkataan fajar dan subuh digunakan oleh Nabi SAW sebagaimana di dalam hadith-hadith Baginda SAW. Waktu bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.

Tambahan pula, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya. Hal ini berdasarkan sebuah hadith:

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِMaksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”[Riwayat al-Bukhari (1116)]

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَاMaksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.[Riwayat Muslim (725)]



Kesimpulan
1- Solat Sunat Fajar adalah solat sunat yang sangat dituntut.
2- Solat Sunat Fajar merupakan solat sunat yang paling dijaga dan diambil berat oleh Nabi Muhammad SAW.
3- Dua rakaat Solat Sunat Fajar adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Team Dakwah Islam

❄ Telegram : t.me/TeamDakwahIslam ❄
❄ Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam ❄
❄ FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda ❄
❄ Twitter : twitter.com/DakwahWords ❄
❄ Blog : http://bit.ly/2q7sN8F ❄

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Segmen: Jom Tambah Follower by Shahirah Army

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

blogID : 7339424486643388653

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

7 Keistimewaan Lailatul Qadar

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.

1. Waktu Diturunkan Al-Quran


Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah  tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah سبحانه وتعالى berfirman;

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.

3. Malam Penuh Keberkatan

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
.
.

5. Malam Kesejahteraan

.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah سبحانه وتعالى;

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).
.
.

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.
.

7. Dosa Diampunkan

.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”
Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…
sumber


Team Dakwah Islam

❄ Telegram : t.me/TeamDakwahIslam ❄
❄ Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam ❄
❄ FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda ❄
❄ Twitter : twitter.com/DakwahWords ❄
❄ Blog : http://bit.ly/2q7sN8F ❄

SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Username SGShop : mohdnoorshawal
ID Blog : Mohd Noor Shawal
Facebook : Mohd Noor Shawal
Instagram : mohdnoorshawals

Percutian Mewah Di Ibu Kota

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Berjaya Times Square Hotel terletak di kawasan bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hotel yang bertaraf lima bintang ini mempunyai 650 bilik di mana bilik-bilik tersebut serba-lengkap dan mempunyai hiasan menyenangkan, perabot kontemporari dengan meja kerja, TV skrin rata dengan saluran satelit, kemudahan membuat kopi dan teh, peralatan tempat tidur premium, linen mewah dan bilik mandian suite dengan peralatan mandian percuma yang pasti dapat anda nikmati jika menginap di hotel ini.



Adakah anda shopaholic? Tinggal di Berjaya Times Square Hotel pasti akan memanjakan anda untuk membeli-belah kerana banyak pusat-pusat membeli-belah berdekatan. Hotel ini terletak dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square yang merupakan  menara keanggunan, memilih setiap perincian; pilihan terbaik untuk kedua-dua pengunjung yang ingin habiskan masa lapang serta  pelancong korporat. Hotel ini mempunyai pusat kecergasan dengan gimnasium senaman, dua gelanggang racketball, kolam renang yang luas teres matahari, dan perkhidmatan penuh spa bagi pengunjung mementingkan kesihatan dan kesejahteraan.



Hotel ini terletak hanya 0.48 km dari Stesen Hang Tuah. Berjaya Times Square Hotel terletak pemandangan latar langit bandar. Terletak di kawasan yang meriah di bandar, hotel ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah mega, kehidupan malam, landskap yang indah, daerah perniagaan pusat, dan Menara Berkembar yng menjadi punca tarikan pelancong ke sini.

Berjaya Times Square Hotel juga mempunyai Berjaya Times Square Pusat membeli-belah yang mempunyai teater IMAX 3D dan 2D pertama di Malaysia. Berjaya Times Square Hotel menawarkan bilik-bilik yang elegan dan canggih yang mempunyai kemudahan up-to-date. Bersenang-senang dengan pelbagai kemudahan menghiburkan untuk anda dan seisi keluarga di Berjaya Times Square Hotel, penginapan yang menarik untuk percutian keluarga anda. Jika anda merancang untuk mempunyai penginapan jangka panjang, tinggal di Berjaya Times Square Hotel adalah pilihan yang tepat untuk anda. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah. Kualiti tertinggi mengiringi kemudahan yang luas akan membuat anda mendapatkan pengalaman percutian muktamad.


Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, seperti Stesen Imbi Monorail dalam 0.05 km, dan Stesen Monorel Bukit Bintang juga 0.46 km. Sama ada anda merancang acara atau majlis-majlis khas yang lain, Berjaya Times Square Hotel adalah tempat yang sesuai untuk anda dengan ruang majlis yang besar dan serba lengkap untuk memenuhi keperluan anda. Daripada acara perniagaan ke perhimpunan korporat, Berjaya Times Square Hotel menyediakan perkhidmatan yang lengkap dan kemudahan yang anda dan rakan-rakan anda perlukan.




Dengan restoran cemerlang di lokasi, para tetamu tetap mempunyai penginapan yang hebat. Berjaya Times Square Hotel adalah salah satu hotel yang terbaik di Kuala Lumpur. anda dapat menikmati makanan mewah dan pengalaman yang tiada tandingannya dengan menginap di Berjaya Times Square Hotel. Selain itu,  hidangan kegemaran anda dengan masakan khas dari Berjaya Times Square Hotel eksklusif untuk anda boleh diadakan. Restoran ini tersedia dalam kawasan awam di hotel tersebut untuk membantu anda untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Berjaya Times Square Hotel adalah hotel dengan keselesaan yang besar dan perkhidmatan yang terbaik dan hotel paling bagus. Hotel ini menikmati hidangan antarabangsa disajikan di restoran yang bergaya menawarkan pemandangan cemerlang latar langit bandar.
Dapatkan tawaran terbaik untuk kualiti terbaik rawatan spa untuk berehat dan meremajakan diri sendiri. Meja penyambut tetamu 24-jam ada disediakan untuk berkhidmat kepada anda, dari daftar masuk bagi daftar keluar ekspres, atau apa-apa bantuan yang anda perlukan. Sekiranya anda inginkan lebih, tidak teragak-agak untuk bertanya meja depan, kami sentiasa bersedia untuk menampung anda.hotel ini turut menyediakan kemudahan internet, mesyuarat dan fungsi bilik, meja tempahan lawatan, perkhidmatan tiket, perkhidmatan pekerja rencam, pertukaran mata wang dan simpanan bagasi.


Hartanah ini terletak dalam jarak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik dan perkhidmatan yang terbaik merupakan kelebihan hotel ini. Dengan review yang positive dan rating yang tinggi, Berjaya Times Square Hotel haruslah menjadi pilihan anda bagi yang ingin bercuti di ibu kota. Jadi book Berjaya Times Square Hotel on Traveloka online sekarang dan nikmati pelbagai diskaun menarik di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png