5 Kelebihan Bersedekah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



#1 (。◕‿◕。) – Mendatangkan Keampunan Allah

Saya menangis apabila ustaz sampaikan kebaikan pertama daripada sedekah ini. Berulang-ulang kali, saya memberitahu diri,

“Sungguh, aku boleh meminta ampun. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.”

Waktu itu juga, saya putuskan menghubungi semua orang yang belum melangsaikan hutang mereka dengan saya*

Banyak manapun jumlahnya, saya halalkan semua. Niat saya hanya satu, semoga Allah ampunkan dosa saya.
Setiap kali bersedekah, saya ucapkan dalam hati,
'Dengan namamu aku beri sedekah ini ya Allah.  Aku mohon, ampunkan DOSA-DOSAKU wahai Tuhan yang Maha Pengampun'.

#2 (。◕‿◕。) – Mengundang Penambahan Rezeki.

Sesudah Allah memberi ampun, maka datanglah rezeki tidak disangka-sangka seperti yang dia janjikan. Ia bukan janji kosong, sebab ia perkara yang Allah janjikan. Tidak perlu menunggu lama, satu per satu hasrat yang saya pasang untuk tahun 2015 tercapai.
Bermula dengan kelulusan manuskrip terbaru, diikuti dengan tempoh penerbitan yang super pantas.
Semuanya benar-benar hal luar jangka. Laluan bagi saya menjadi trainer penulisan juga perlahan-lahan terbuka. Subhanallah!

#3 (。◕‿◕。) – Menyembuhkan Penyakit

Sepertimana Allah menjanjikan rezeki tidak tersangka, kesembuhan daripada penyakit luar biasa juga termasuk dalam kategori ini. Rezeki sihat.

Sewaktu bercerita dengan seorang sahabat mengenai sedekah, rakan saya kongsikan sebuah cerita. Katanya, ada seorang sahabat yang mendapat sakit yang rawatannya perlu kepada belanja besar.
Lalu, apabila didengarkan dengan kebaikan sedekah, dengan yakin dia sedekahkan seluruh wang yang dia miliki (asalnya untuk belanja kos perubatan).

Rezeki, tidak lama selepas itu hasil diagnosis sakitnya sudah berkurang satu tahap. Apabila dia menambah jumlah sedekahnya, dengan izin Allah sakitnya langsung sembuh. Saya terdiam mendengar cerita itu. Allah memang hebat!

#4 (。◕‿◕。) – Menolak Bala

Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.
Pernah dengar cerita orang yang terselamat dari kemalangan dahsyat sejurus dia melakukan kebaikan sedekah? Saya yakin, pasti ada.

#5 (。◕‿◕。) – Memanjangkan Umur

Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (HR Bukhari)

Alangkah indahnya apabila hati kita bersih daripada sikap sombong, takbur dan bangga diri. Semoga dengan sedekah kita, ia menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit hati ini, pada ketika Tuhan rezekikan kita umur yang panjang. Amin.


dikongsikan oleh seorang hamba Allah.. 

Previous
Next Post »