6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Akhirnya dapat jugak share kan tips penjagaan rambut yang betul..bukan perkara main-main dalam bab menjaga rambut ni..salah satu kesan nya, kita tak nak rambut gugur, kotor, tak sihat dan botak..

Tak kira lelaki atau perempuan sebenar nya mendapat risiko rambut gugur..faktor usia, tekanan kerja, pemakanan dan kurang rehat adalah penyumbang kepada masalah rambut. Namun, ada sesetengah mereka yang tidak mengetahui atau saje TAK nak ambil tahu bahawa mereka mengalami masalah rambut yang serius..

Seram kan bunyi nya..lagi-lagi wanita bertudung...ada sesetengah tu tak ambil tahu penjagaan rambut. Tanda-tanda anda mempunyai masalah rambut adalah kulit kepala terlalu berminyak, keguguran rambut lebih daripada 30 helai sehari, kelemumur dan gatal-gatal di kulit kepala..

Okey..jom kita review 6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

(~˘▾˘)~ Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.

(~˘▾˘)~ Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.

(~˘▾˘)~ Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut..ini anggapan yang salah ye kawan-kawan.

Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai.

(~˘▾˘)~ Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi hanya digunakan pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak dengan air bersih.

(~˘▾˘)~ Tips 5 :  Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).

(~˘▾˘)~ Tips 6 : Gaya Hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 11.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Saya dah kongsi kan tips penjagaan rambut yang betul. anda dah tahu punca keguguran dan masih belum terlambat untuk amalkan beberapa tips penjagaan rambut bagi mengelakkan masalah rambut walaupun anda seorang yg sibuk.

4 Tips penjagaan Mata Cara Rasulullah SAW

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Alhamdulilah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melihat semua keagungan ciptaan-Nya. Hanya dengan pancaindera kita mata, maka segala keindahan anugerah ciptaan-Nya dapat kita lihat dan nikmati. Bayangkan sekiranya kita tidak dikurniakan nikmat melihat sudah tentu kita berada dalam kegelapan. 

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 1- Rasullulah saw mengajar doa untuk memohon rahmat Allah swt agar dipelihara nikmat penglihatan :


"Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(HR Al-Tirmizi)

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 2- Nikmat yang tidak Terbeli

Dengan memiliki mata yang sihat anda dapat melihat dengan jelas dan tidak mengalami sakit mata. Orang yang memiliki mata yang sihat berupaya menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan, dan jarak antara objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.

Memelihara kesihatan mata bererti kita memelihara ketajaman penglihatan. Dengan penglihatan ini dapat kita mengetahui dan sedar kedudukan kita dengan objek persekitaran. Ia dapat kita mengimbangi badan untuk memudahkan kita bergerak.

Gangguan pada salah satu fungsi penglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara gejalanya seperti pening kepala, mata berair, hilang tumpuan dan sebagainya.

Sering terdedah kepada bakteria, udara tercemar , dan angin menyebabkan mata berisiko mendapat jangkitan, kelesuan mata, kecederaan dan serta alahan.

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 3- Bercelak

Sebenarnya Rasullulah saw sendiri sangat menjaga kesihatan mata. Baginda mempunyai cara tersendiri bagi menjaga kesihatan mata iaitu dengan memakai celak.

Rasullulah saw bersabda :"Bercelaklah kamu dengan ithmid (kerana ianya) mencerahkan pandangan , dan melebatkan rambut." (riwayat al-Tirmizi)

Ada riwayat lain menjelaskan Rasullulah saw memakai celak tiga kali pada mata kanan dan kiri sebelum tidur. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar :"Rasullulah saw sentiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum baginda tidur.

Baginda memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan."(riwayat Ibn Majah)

Ibn Abas menjelaskan bahawa Rasullulah saw mempunyai tempat celak Baginda sendiri:"Nabi memiliki tempat celak dan Baginda bercelak dengannya 3 kali di tiap-tiap matanya." (riwayat Ibn Majah)

Sememangnya Rasullulah saw melarang lelaki menyerupai wanita dan melarang wanita menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun , memakali celak harus bagi lelaki dan wanita.

Rasullulah saw tidak mewajibkan memakai celak kepada umatnya tetapi ia lebih dilihat sebagai satu bentuk galakan.

Celak yang terbaik adalah daripada bahan bernama ithmid. Rasullulah saw bersabda :"Sesungguhnya celak terbaik untuk kamu pakai ialah al-ithmid (batu celak). Ia mampu menajamkan pandangan mata dab menumbuhkan rambut." (riwayat al-Nasa'i)

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 4- Jaga Matamu

Banyak faktor yang menyebabkan mata rosak, antaranya :

Banyak menonton televisyen dalam jarak dekat . Jarak seseorang dengan televisyen sepatutnya hendaklah melebihi 2 meter.

Menghadap komputer terlalu lama. Sekiranya seseorang itu memang berkerja mengadap komputer, ambillah masa untuk melihat objek lain bagi merehatkan mata. Contohnya setelah sejam atau 2 di depan komputer berhenti sekejap dan lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar.

Membaca buku dalam jarak yang dekat atau berbaring. Jarak yang selamat apabila membaca buku ialah 30 cm daripada buku. Jika terlalu dekat ia akan menjadikan mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh untuk jangka masa panjang.

Wallahu'alam..

Giveaway Topup Percuma by Atiqah Najihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png