18 Khasiat Buah Pelaga

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

•1 Ciri-ciri Anti-karsinogenik: 
Kanser, terutamanya kanser bersangkut paut dengan kolon dan rektum (colorectal) adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenaikan kos terapi kanser konvensional dan kesan sampingan yang berikutnya telah memaksa penyelidik untuk mencari alternatif yang mampan. Kajian yang dijalankan oleh Sengupta et al, di Chittaranjan, Institut Kanser Kebangsaan, Kolkata telah menunjukkan bahawa pemakanan buah pelaga mempunyai hasil positif dalam berhadapan dengan kanser kolorektal sehingga ketahap 48%.

•2 Bagus untuk kesihatan kardiovaskular: 
Kajian penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Farmakologi dan Pharmaceutics, Kolej Farmasi, King Saud University, Arab Saudi menunjukkan bahawa pentadbiran buah pelaga untuk keadaan kardiovaskular menunjukkan degupan jantung yang lebih rendah atau irama terkawal dan hipertensi terkawal.

•3 Kawalan kolesterol: 
Mikronutrien yang ditemui dalam buah pelaga dapat mengatasi lonjakan lipid dalam badan. Dalam uji-kaji yang dijalankan di Bahagian Pharmacology and Toxicology Division at Hindustan Antibiotics Limited, Pune, India oleh Dhuley, Enzim antioksida dari buah pelaga telah ditadbirkan untuk hepatik dan jantung tikus dengan diberi makan diet lemak yang tinggi. Enzim antioksida mempunyai pengaruh ke atas paras kolesterol dan membantu dalam mengawalnya dengan ketara.

•4 Perlindungan terhadap penyakit gastro-usus: 
Pelaga telah digunakan secara tradisional dalam Sistem Perubatan Unani, Ayurveda dan perubatan Cina sebagai ubat gangguan gastrousus. Ekstrak metanol dari buah pelaga adalah komponen yang membantu dalam mengawal gangguan gastrousus seperti ke asidan, kembung, kekejangan perut, dan lain-lain Kajian yang dijalankan oleh Jamal et al, di Jabatan Kimia, Jamia Hamdard, New Delhi, India telah membuat kesimpulan bahawa minyak meruap ekstrak dari buah pelaga menunjukkan kesan positif terhadap gangguan gastrousus.

•5 Merawat gangguan kencing: 
Dalam rawatan sisitem Unani dan Ayurveda, buah pelaga telah digunakan sebagai ubat bagi penyakit jangkitan salur kencing seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.

•6 Ciri-ciri Antimikrobial:
Selama beribu tahun buah pelaga dianggap memiliki sifat-sifat melawan jangkitan. Bagi sains moden ia bermakna bahawa, buah pelaga mengandungi antimikrob. Teori ini telah diuji di Van Yüzüncü Yil Universiti oleh Ağ Aoğlu et al.  Uji kaji telah dijalankan pada ekstrak minyak mudah meruap buah pelaga. Telah diperhatikan bahawa minyak dari buah pelaga dapat menghalang pertumbuhan dan penyebaran beberapa mikrob yang amat berbahaya yang menyebabkan keracunan makanan.

•7 Anti-murungan (depresan): 
Pelaga dipercayai mempunyai sifat-sifat anti-kemurungan. Pati minyak (essential oil) buah pelaga adalah salah satu minyak utama yang diguna dalam terapi aroma. Ia bukan sahaja digunakan untuk kemurungan, tetapi juga untuk menyembuh pelbagai penyakit lain terdiri daripada gangguan perut hingga ke penyakit paru-paru.

•8 Ciri-ciri Anti-kekejangan (spasmodic): 
kekejangan otot banyak berlaku dikalangan orang-orang tua. Pengecutan otot secara tiba-tiba boleh menyebabkan kekejangan ini. Apabila berlaku pengecutan otot, ini akan menyebabkan penderita bangkit secara tiba-tiba kerana kesakitan. Penyelidik, Al-Zuhair et al, dari University King Saud, Arab Saudi melakukan penyelidikan berasaskan haiwan dan membuat kesimpulan bahawa buah pelaga dapat digunakan sebagai ukuran untuk kekejangan otot.

•9 Penyakit Pergigian: 
Buah pelaga telah digunakan dalam sistem rawatan Unani, Ayurveda serta perubatan tradisional Cina berkenaan masalah pergigian untuk beberapa abad. Selepas terciptanya ubatan antibiotik, hasilnya telah terdapat kesan sampingan. Diantaranya termasuk perencatan bakteria mesra probiotik berkembang maju dalam usus. Tetapi, dengan menggunakan rempah pada sisi lain, adalah ideal kerana ia hanya menghalang mikrob berjangkit dan bukan bakteria probiotik. Kajian yang telah dijalankan oleh Isao Kubo, Masaki Himejima, dan Hisae Muroi dari Bahagian Entomologi dan Parasitologi, Universiti California telah mengesahkan kehadiran bahan antimikrob (antimicrobial properties) dalam buah pelaga.
•10 Ciri-ciri Anti-asma: 
Buah pelaga boleh digunakan sebagai ubat asma dan lain-lain masalah pernafasan. Kajianyang telah dijalankan menunjuk bahawa ekstrak mentah dari buah pelaga amat berkesan dalam membuka salur angin yang sempit pada haiwan makmal. Ia juga berkesan untuk menyebabkan kelonggaran kepada tisu trachea. Kajian awal positif mewajarkan untuk siasatan lanjut.

•11 Ciri-ciri Anti-radang: 
Menurut rawatan Ayurveda, buah pelaga adalah baik untuk sakit otot dan sendi. Bukti eksperimen baru-baru ini menunjukkan bahawa buah pelaga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-karsinogen.

•12 Menyah Toksik (Detoxification): 
Proses metabolik dalam  tubuh badan melepaskan toksik dan radikal bebas yang perlu dikosongkan dan dibuang keluar. Sebaliknya toksin yang terkumpul boleh mendatangkan penyakit. Buah pelaga dikenali sebagai ejen bertindak keatas detoksifikasi. Minyak Pati dan kehadiran bio-kimia yang hadir dalam buah pelaga menyediakan kesan detoksifikasi. Satu Kajian yang dijalankan oleh Das et al., menunjukkan bahawa buah pelaga berkesan terhadap sel-sel kanser.

•13 Meningkatkan peredaran Darah: 
Dalam terapi tradisional seperti terapi aroma, buah pelaga telah digunakan untuk menyembuhkan gejala asma dan  bronchitis  dan bronkitis dengan meningkatkan peredaran darah ke paru-paru. Minyak pati yang diekstrak daripada buah pelaga telah diuji keatas kumpulan individu mengalami tekanan dan telah didapati bahawa buah pelaga berkesan dalam menggalak peredaran darah dalam tubuh badan.Penyelidikan ini telah dijalankan di Universiti Nitte, Mangalore, India.

•14 Baik Untuk Loya Dan Muntah-Muntah: 
Secara tradisi, buah pelaga telah digunakan sebagai ubat rawatan untuk loya (nausea). Buah pelaga merupakan tonik dan perangsang yang berkesan dan baik untuk loya dan muntah.

•15 Ciri-ciri Aphrodisiac: 
Selari sebagai buah yang mengeluarkan rasa manis, secara tradisinya ia dipercayai memiliki ciri-ciri Aphrodisiac. Bukan sahaja buah pelaga dianggap sebagai aprodisiak, ia juga dipercayai memiliki penawar untuk mati pucuk dan ejakulasi pra-matang.

•16 Sakit tekak: 
Untuk sakit tekak, buah pelaga bertindak sebagai penawar yang baik. Buah pelaga dan kayu manis kedua-duanya boleh direbus di dalam air dan boleh digunakan untuk berkumur setiap pagi untuk mengawal sakit tekak.

•17 Tersedu-sedu (Hiccups): 
Teramat kerap tersedu-sedu benar-benar menjengkelkan terutamanya di kalangan kanak-kanak. Terdapat beberapa ramuan yang diketengahkan dalam rawatan tradisional. Salah satu yang paling popular diantaranya ia lah dengan menyergah si penderita itu dengan mengejut, yang mungkin berjaya atau tidak. Tetapi buah pelaga adalah ubat yang amat berkesan. Ambil beberapa biji buah pelaga dan rebus, kemudian airnya diminum.

•18 Penyegar Nafas: 
Buah pelaga boleh dikunyah sebagai penyegar nafas. Perisa dan aroma yang terhasil dari buah pelaga adalah disebabkan dari kehadiran minyak pati. Maka tidak hairanlah, kalau minyak pati pelaga digunakan sebagai salah satu bahan dalam gula getah (chewing gums).

sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png