10 Tips Menghilangkan Nafas Berbau

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Adakah anda mengalami masalah nafas berbau? Masalah nafas berbau atau Halitosis berbeza pada setiap individu, ada yang tak terlalu teruk dan ada yang serius hingga mengganggu ‘mood’. Cara mudah menghilangkan nafas berbauialah dengan memastikan gigi dan mulut dijaga dengan rapi sejak di peringkat awal. Kepada mereka yang menghadapi masalah ini, jangan bimbang kerana masih belum terlambat untuk mengatasinya. Di sini saya sertakan tips dan panduan untuk menghilangkan nafas berbau. Selain daripada memastikan anda memberus gigi 2 kali sehari, ikutilah tips dan panduan mudah berikut:



1.    Gunakan ubat gig berflorida untuk mengawal karang (plak) dan mengukuhkan selaput luar gigi.



2.    Pilih ubat gigi berperisa pudina kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan rongga hidung. Kesannya ia akan mengurangkan atau menghilangkan nafas berbau dan menyegarkan pernafasan.

3.    Gunakan dental floss (banyak terdapat di farmasi) untuk membersihkan lebihan makanan yang terselit di celah gigi. Makanan terkumpul yang tidak dibersihkan akan bertindak balas dengan enzim air liur dan akan menyebabkan nafas berbau.
4.    Berhati-hati memilih makanan. Elakkan makanan yang terlalu banyak bawang, bawang putih, makanan dengan kandungan lemak yang tinggi dan minuman beralkohol.

5.    Makan ulam yang tak meninggalkan bau seperti ulam raja, pegaga, dan pucuk gajus. Elakkan makan ulam yang berbau kuat seperti petai dan jering.

6.    Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan pernafasan (seperti Listerine).





7.    Petua tradisional juga boleh diamalkan untuk menghilangkan nafas berbau seperti mengunyah cengkih atau minum air rebusan kacang hijau.



8.    Waktu pemakanan yang tak teratur atau terlalu lama berlapar juga merupakan menyebab nafas berbau kerana apabila lapar, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan dan akan menghasilkan bau busuk.


9.    Jangan lupa memberus lidah kerana lidah mengumpulkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria dan ini akan menyebabkan nafas berbau. Anda boleh menggunakan tongue scraper untuk membersihkan lidah.

10.    Jika anda ingin menghilangkan nafas berbau, elakkan makan gula-gula kerana ia akan membuat keadaan lebih buruk. Sisa gula merosakkan gigi dan menggalakkan pengeluaran air liur serta pembiakan bakteria.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png