18 Khasiat Dan Kebaikan Cengkih

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



 1. Menghilangkan Bau Mulut. 
  • Kunyah beberapa kuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering.
  • Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih, kemudian gosokan kepada gigi berkumur-kumur sehingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
2. Menyembuhkan Penyakit Campak.
Caranya rendam semalaman 10 biji cengkih di dalam air masak. Tambah gula batu dan kacau sehingga rata. Minumlah sedikit demi sedikit secara teratur.
3. Mengubati Batuk.
Dengan mencampurkan bersama-sama bahan-bahan lain seperti Sireh, Pelaga, Gula Batu. Bahan dicampur dan direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari untuk menghilangkan batuk.
4. Untuk Mengelakan Batuk Yang Berkahak.
  • Ambil beberapa butir cengkih dan sedikit garam dapur. Kunyahlah kedua-duanya secara bersama. Cara ini memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada tenggorok.
  • Kunyahlah beberapa biji Cengkih yang telah dibakar.

Dalam penyelidikan ahli penyelidik Jepun, mendapati Cengkih mengandungi anti Oksidan. Anti Oksidan ini dapat membantu mencegah kerosakan sel yang boleh menyebabkan penyakit barah (Cancer) Perubatan traditional juga menggunakan cengkih sebahagian  campuran untuk rawatan Gout.

Dalam perubatan Cina pula, Cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi pencernaan. Ia juga digunakan dalam berbagai bentuk mual perut dan gangguan pencernaan (dyspepsin). Selain mual  dan masalah pencernaan, Cengkih juga dipercayai dapat merawat masalah penghazaman, Cirit-birit, angin pasang (hernia) dan kurap serta penyakit celah jari kaki (athlete’s foot)-lain penyakit jangkitan kulat. Rebusan cengkih bersama daun basil dan pudina, di percayai dapat menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
5. Mengawal Rasa Mual Dan Pening.
Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih.
6. Mengawal Muntah.
Pengambilan serbuk cengkih goring dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah. Tindakan lalian (anesthesia). Cengkih membantu menangan nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.
7. Sembelit.
Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampur dengan madu dan telur ayam (Sebaik-baiknya telur ayam kampong).
Di India cengkih digunakan untuk merawat penyakit pernafasan dan penghadaman.
8. Menghgilangkan Bau Peti Sejuk.
Masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalam peti sejuk untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh juga dibubuh beberapa ketul arang.
9. Dapat Menghilangkan Radang Hati.
Minumlahlah susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah di panaskan setiap pagi dan petang.

BACA JUGA : Kelebihan, Kebaikan, Manfaat Habbatus Sauda
10. Mengelakkan Semut.
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih di dalam bekas berisi gula bagi mengelakan semut. Semut akan hilang dan gula pula berbau harum.
11. Masalah Tenaga Batin.
  • Masak cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urut pada alat kelamin pria (lelaki) beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal untuk kaum wanita.
  • Digalakan makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan elakan makanan yang berangin. Minum madu lebah dan sebiji telur ayam kampong dapat memulihkan kelemahan tenaga bathin.
Empat unsur kimia yang utama bertanggung jawab menjadikan cengkih analgesic yang kuat, anastetik, anti radang dan kesan anti bacteria, serta mempunyai aromatic yang tersendiri yang dipanggil eugenol. Eugenol yang sering di ekstrak dari cengkih digunakan sebagai antiseptic semula jadi tempatan dan analgestik pergigian dan sakit gigi.
12. Menghindari Masalah Gagap.
Makan 21 biji cengkih setiap hari. Rebus 100 gm jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
13. Masalah Haid.
Merendam 7 biji bunga cengkih kedalam segelas air panas. Setelah suam minum air itu. Insyaallah dapat mengatasi masalah kesakitan masa kedatangan haid akan hilang.
14. Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka.
Tumbuk sehingga halus bahan ini pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Campurkan sedikit minyak zaitun dan sapulah pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari. Jauhi daripada makanan yang berminyak.
15. Meningkatkan Degupan Jantung Yang Lemah.
Dikunyah bunga cengkih yang sudah kering, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuatkan lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.
16. Menghitamkan Alis Mata.
Ambil 5 -7 biji bunga cengkih dibakar hangus, kemudian ditumbuk sampai halus dan ditambah dengan minyak kemiri (buah keras) secukupnya. Dioleskan pada alis mata setiap pagi.
17. Untuk Melegakan Stress.
Didihkan air dengan daun pudina, daun kemangi dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.
18. Selsema.
Rebuskan Jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan yang sama banyak (Satu Sudu Besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika air masih suam.
sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png