18 Khasiat Dan Kebaikan Cengkih

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



 1. Menghilangkan Bau Mulut. 
  • Kunyah beberapa kuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering.
  • Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih, kemudian gosokan kepada gigi berkumur-kumur sehingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
2. Menyembuhkan Penyakit Campak.
Caranya rendam semalaman 10 biji cengkih di dalam air masak. Tambah gula batu dan kacau sehingga rata. Minumlah sedikit demi sedikit secara teratur.
3. Mengubati Batuk.
Dengan mencampurkan bersama-sama bahan-bahan lain seperti Sireh, Pelaga, Gula Batu. Bahan dicampur dan direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari untuk menghilangkan batuk.
4. Untuk Mengelakan Batuk Yang Berkahak.
  • Ambil beberapa butir cengkih dan sedikit garam dapur. Kunyahlah kedua-duanya secara bersama. Cara ini memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada tenggorok.
  • Kunyahlah beberapa biji Cengkih yang telah dibakar.

Dalam penyelidikan ahli penyelidik Jepun, mendapati Cengkih mengandungi anti Oksidan. Anti Oksidan ini dapat membantu mencegah kerosakan sel yang boleh menyebabkan penyakit barah (Cancer) Perubatan traditional juga menggunakan cengkih sebahagian  campuran untuk rawatan Gout.

Dalam perubatan Cina pula, Cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi pencernaan. Ia juga digunakan dalam berbagai bentuk mual perut dan gangguan pencernaan (dyspepsin). Selain mual  dan masalah pencernaan, Cengkih juga dipercayai dapat merawat masalah penghazaman, Cirit-birit, angin pasang (hernia) dan kurap serta penyakit celah jari kaki (athlete’s foot)-lain penyakit jangkitan kulat. Rebusan cengkih bersama daun basil dan pudina, di percayai dapat menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
5. Mengawal Rasa Mual Dan Pening.
Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih.
6. Mengawal Muntah.
Pengambilan serbuk cengkih goring dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah. Tindakan lalian (anesthesia). Cengkih membantu menangan nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.
7. Sembelit.
Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampur dengan madu dan telur ayam (Sebaik-baiknya telur ayam kampong).
Di India cengkih digunakan untuk merawat penyakit pernafasan dan penghadaman.
8. Menghgilangkan Bau Peti Sejuk.
Masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalam peti sejuk untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh juga dibubuh beberapa ketul arang.
9. Dapat Menghilangkan Radang Hati.
Minumlahlah susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah di panaskan setiap pagi dan petang.

BACA JUGA : Kelebihan, Kebaikan, Manfaat Habbatus Sauda
10. Mengelakkan Semut.
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih di dalam bekas berisi gula bagi mengelakan semut. Semut akan hilang dan gula pula berbau harum.
11. Masalah Tenaga Batin.
  • Masak cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urut pada alat kelamin pria (lelaki) beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal untuk kaum wanita.
  • Digalakan makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan elakan makanan yang berangin. Minum madu lebah dan sebiji telur ayam kampong dapat memulihkan kelemahan tenaga bathin.
Empat unsur kimia yang utama bertanggung jawab menjadikan cengkih analgesic yang kuat, anastetik, anti radang dan kesan anti bacteria, serta mempunyai aromatic yang tersendiri yang dipanggil eugenol. Eugenol yang sering di ekstrak dari cengkih digunakan sebagai antiseptic semula jadi tempatan dan analgestik pergigian dan sakit gigi.
12. Menghindari Masalah Gagap.
Makan 21 biji cengkih setiap hari. Rebus 100 gm jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
13. Masalah Haid.
Merendam 7 biji bunga cengkih kedalam segelas air panas. Setelah suam minum air itu. Insyaallah dapat mengatasi masalah kesakitan masa kedatangan haid akan hilang.
14. Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka.
Tumbuk sehingga halus bahan ini pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Campurkan sedikit minyak zaitun dan sapulah pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari. Jauhi daripada makanan yang berminyak.
15. Meningkatkan Degupan Jantung Yang Lemah.
Dikunyah bunga cengkih yang sudah kering, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuatkan lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.
16. Menghitamkan Alis Mata.
Ambil 5 -7 biji bunga cengkih dibakar hangus, kemudian ditumbuk sampai halus dan ditambah dengan minyak kemiri (buah keras) secukupnya. Dioleskan pada alis mata setiap pagi.
17. Untuk Melegakan Stress.
Didihkan air dengan daun pudina, daun kemangi dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.
18. Selsema.
Rebuskan Jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan yang sama banyak (Satu Sudu Besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika air masih suam.
sumber

7 Khasiat Kayu Manis

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




1.‎ Anti-Pembekuan Darah (Platelet)


Cinnamal dehyde atau “cinnamical dehyde”, adalah salah satu jenis pati ‎minyak esential yang terkandung di dalam kulit kayu manis. Minyak ini adalah anti-pembekuan darah.



Beberapa ujikaji sains mendapati bahawa pati minyak esential "cinnamal dehyde" adalah bahan aktif yang dapat ‎ menahan darah dari menjadi “platelet”, iaitu pekat, membeku dan bertompok ‎di dalam pembuluh darah. Platelet, sekiranya terlalu banyak di dalam saluran ‎darah, akan mengganggu kelancaran aliran darah.


Permakanan kulit/serbuk kayu manis dalam kadar yang sederhana setiap hari dapat melancarkan aliran darah di ‎dalam tubuh dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan jantung. 

Aliran darah yang lancar di dalam tubuh adalah penting untuk menghindar dari komplikasi ‎saluran darah ke jantung (arteri dan vein) dan juga mengelaki dari serangan jantung.

Satu lagi unsur minyak yang terkandung di dalam kulit kayu manis ialah “coumarin”. Coumarin ‎juga anti-platelet. ‎ Dalam suasana dharurat, seperti kecederaan kepada mana-mana bahagian tubuh terutamanya pada ‎kulit, pembentukan platelet adalah penting sebagai satu cara tindakbalas semulajadi/alami dari ‎tubuh untuk menghentikan pendarahan. Sebaliknya jika darah menjadi terlalu cair, apabila ‎berlaku pendarahan, akan menjadi bahaya kerana pendarahan tidak dapat dihentikan. ‎

Justru, permakanan kulit/serbuk kayu manis yang berlebihan adalah tidak digalakkan !!! ‎

2.‎ Anti-Microb 

Minyak esential kayu manis sangat berkesan sebagai anti-‎mikrob, iaitu anti-bakteria dan anti-kulat. ‎Minyak ini boleh digunakan sebagai ‎penghapus kuman sepertimana anti-septik yang digunakan di hospital. ‎

Minyak ini berkesan menghalang pertumbuhan dan pembiakan, sekaligus menghapus kulat “candida ‎albicans” yang sering mendatangkan masalah kepada kesihatan. 



Kulat “candida ‎albicans” adalah penyebab jangkitan pada kulit, rongga mulut, penyakit keputihan pada alat ‎kelamin wanita, gatal-gatal pada alat kelamin lelaki, keradangan pada bahagian sudut paha, tangan, jari-jemari dan ‎dubur.


Satu kajian yang dilakukan oleh University of Illinois, Chicago ‎menunjukkan bahawa dengan mengunyah chewing-gum perisa kayu manis berkesan sebagai anti-‎bakteria di dalam mulut dan menghentikan mulut dari berbau. Kesan yang sama berlaku apabila ‎menggunakan ubat gigi perisa kayu manis. ‎

Kulat “candida ‎albicans” juga adalah antara penyebab kepada pencemaran makanan. Makanan yang tercemar cepat menjadi basi. Penggunaan beberapa titis minyak pati kayu manis ke dalam makanan dapat melindungi makanan tersebut dari dicemari oleh bakteria dan ‎kulat.

Nilai-nilai anti-mikrob yang terdapat di dalam rempah kayu manis juga dapat digunakan ‎sebagai bahan pengawet makanan.

Menurut satu kajian, yang disiarkan dalam jurnal “ the International Journal of Food Microbiology” pada Ogos 2003, bahawa dengan beberapa titis minyak pati kayu manis ke dalam bubur lobak merah, kemudian di simpan ke dalam peti sejuk, ‎dapat menghalang pemcemaran mikrob selama 60 hari. ‎Rasa bubur juga menjadi lebih enak apabila di makan. Bubur lobak merah yang tidak di titis ‎dengan minyak pati kayu manis, menunjukkan bakteria "pathogenic b. cereus" terus membiak meskipun dalam suasana suhu ‎yang dingin. ‎

3.‎ Anti-Oksidan 

Kulit kayu manis mengandungi nilai-nilai anti-oksidan yang sangat tinggi (nilai ORAC “Oxygen radical ‎absorbance capacity” pada kulit kayu manis ialah 267536 TE "trolox equivalents"), bererti melebihi ‎beberapa ratus kali ganda dari epal umpamanya. Dan jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan halia, buah pala, vanilla, ‎pengawet makanan BHA (butylated hydroxyanisole), BHT (butylated hydroxytoluene), and propyl gallate. ‎



Nilai-nilai anti-oksidan adalah penting untuk mengawal ketularan radikal bebas (sel-sel tidak sempurna) ‎yang sentiasa mengancam sel-sel tubuh yang sempurna.


Radial bebas, apabila menular, boleh merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan otot-otot. Penyebab timbulnya berbagai jenis penyakit kepada tubuh, menjadikan penyakit-penyakit yang sedang dihidapi semakin parah; seperti penyakit jantung, infeksi, tumor, kanser, penyakit mata (seperti katarak dan ‎glukoma), penyakit kulit (seperti alergi dan dermatitis) dan lain-lain lagi. Radikal bebas juga mempercepatkan ‎proses penuaan. ‎

Tubuh memiliki sistem pertahanan yang bertindak secara semulajadi/alami untuk ‎membantras radikal bebas agar tidak berkembang menjadi berbahaya. Namun, ‎pengaruh alam sekeliling seperti radiasi ultraviolet, kecemaran udara, gaya hidup kurang sihat seperti kebiasaan memakan “junk food” dan merokok, membuat ‎sistem pertahanan tubuh kecundang apabila menghadapi radikal bebas yang berjumlah besar. ‎Dengan memakan jenis makanan yang tinggi nilai anti-oksidan, seperti rempah kayu manis, dapat membantu tubuh ‎membebaskan dari ketularan radikal bebas yang berbahaya. ‎ 

4.‎ Pengawalan Kandungan Gula ‎ & Penyakit Kencing Manis

Sejenis lagi minyak esential yang aktif terdapat di dalam kulit kayu manis ialah “methyl ‎hydroxychalcone polymer” (MHCP). ‎Minyak jenis ini sangat berkesan dalam mengawal kadar kandungan gula dan juga menurunkan ‎kadar kolestrol di dalam darah. ‎

Menurut kajian dari pusat permakanan USDA Human Nutrition Research Center, kulit kayu ‎manis bertindak membantu insulin dalam metabolisma glukos di dalam tubuh. Unsur lain yang ‎terdapat di dalam kulit kayu manis ialah gerombolan "catechin/epicatechin oligomers" yang juga membantu ‎insulin untuk metabolisma glukos sebanyak 20 kali ganda. ‎Dengan demikian, kulit kayu manis menambahkan kemampuan insulin untuk memecahkan lemak menjadi glukos, mempertingkatkan pengeluaran glukos dari tubuh dan ‎mengawal kandungan gula di dalam darah.  



Oleh yang demikian, kulit kayu manis boleh digunakan sebagai bahan makanan yang mengawal penyakit kencing ‎manis. Oleh kerana penyakit kencing manis adalah suatu penyakit yang sangat berbahaya, ‎sesuatu yang dapat mengawal keparahannya adalah penting. Dengan mengambil sebagai ‎makanan ½ - ¾ sudu teh serbuk kayu manis pada setiap kali makan dapat membantu ‎mengawal kandungan gula di dalam darah. Justru, kesan kayu manis pada insulin ini sangat ‎berguna pada pesakit kencing manis, meskipun Jenis 2. 


Menurut satu kajian yang telah disiarkan pada tahun 2003 di dalam jurnal perubatan ‎‎“Diabetes Care”, 6 pesakit Kencing Manis Jenis 2 di beri makan serbuk kayu manis, dos sebanyak ‎‎1,3, atau 6 gram pil serbuk kayu manis (bersamaan ¼ - 1 sudu teh) setiap hari. Selepas 40 hari, ‎hasil ujian menunjukkan ketiga-tiga dos tersebut telah menurunkan kandungan gula di dalam ‎darah dari 18% - 29%, lemak triglycerides menurun sebanyak 23% - 30%, kolestrol LDL bahaya menurun sebanyak 7% - ‎‎27%, dan keseluruhan kolestrol menurun sebanyak 12% - 26%.

Para pengkaji juga merumuskan bahawa ‎permakanan kayu manis oleh pesakit Kencing Manis Jenis 2 dapat mengurangkan risiko ‎berkaitan dengan masalah sakit jantung. ‎
5.‎ Kalsium dan Serat Kulit Kayu Manis Menyihatkan Usus Pencernaan Dan Melindungi ‎Dari Penyakit Jantung

Di samping minyak-minyak esential yang bermanfaat, kulit kayu manis juga memiliki sumber zat galian manganese, besi ‎dan kalsium.

Serat kulit kayu manis juga bermanfaat untuk kesihatan.

Gandingan kalsium dan serat ini adalah penting ‎dalam membantu merawat berbagai jenis penyakit. Kalsium dan serat boleh memerangkap garam hempedu ‎dan mengeluarkannya dari tubuh. Dengan mengeluarkan garam hempedu dari tubuh, serat ‎membantu melindungi sel-sel usus besar dari kerosakan disebabkan oleh garam hempedu. Dengan ‎demikian, mengurangkan risiko kanser usus.

Juga, apabila garam hempedu dikeluarkan oleh serat, tubuh ‎terpaksa menggunakan kolestrol untuk menghasilkan hempedu yang baru. Dengan cara ini, kadar kolestrol ‎di dalam tubuh akan berkurangan. Keadaan ini membantu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan kadar ‎kolestrol tinggi; seperti masalah saluran darah yang berhubungan dengan jantung atau pun penyakit jantung. ‎

Kulit kayu manis juga bermanfaat kepada orang yang mempunyai masalah penghadaman. ‎

Seratnya dapat membantu meleraikan kekentalan sisa makanan di dalam usus yang menyebabkan derita sembelit dan kekejangan perut. Ia berkesan menghapus bakteria Escherichia coli (E. coli ‎bacterium) dan helicobacter pylori, bakteria yang menyebabkan gastrik atau ulser pada ‎usus. Juga bermanfaat untuk menghapus kuman-kuman bakteria yang menyebabkan cirit-birit. 

Kajian menunjukkan bahawa kulit kayu manis dapat merawat sebarang jangkitan pada ‎saluran-saluran yang berhubungan dengan pundi air kencing.

6.‎ Aroma Rempah Kayu Manis Menyegarkan Fungsi Otak ‎ 

Keharuman rempah kayu manis menyegarkan fungsi otak. ‎



Satu kajian yang diterajui oleh Dr. P. Zoladz dan disiarkan pada April 24, 2004, dalam pertemuan "Association for Chemoreception Sciences, Sarasota, FL, USA", menunjukkan ‎bahawa dengan hanya mengunyah chewing gum berperisa kayu manis atau dengan menghidu rempah ‎kayu manis, boleh meningkatkan proses pembelajaran dan pemahaman seseorang.


Secara ‎khususnya, kecerdasan minda berkembang di aspek proses perhatian, pemusatan dan ingatan. Ingatan minda menjadi lebih cemerlang pada pengecaman objek-objek yang di pandang, ingatan pada data-data yang telah dilalui dan dialami, ‎kepantasan minda berfikir sewaktu bekerja melibatkan program komputer. ‎

‎Justru, rempah kayu manis adalah baik untuk orang yang menderita nyanyuk. 

7.‎ Mengurangkan Kesakitan Penyakit “Arthritis” 



Kulit kayu manis, apabila di campur dengan madu lebah, boleh mengurangkan kesakitan yang ‎dideritai oleh pesakit arthritis.


Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 oleh di Universiti ‎Copenhagen, di mana setiap pesakit yang terlibat di beri makan 1 sudu-teh madu lebah bersama ‎‎½ suu-teh serbuk kayu manis, setiap pagi sebelum sarapan, telah menunjukkan kekurangan ‎kesakitan pada penyakit arthritis.

Salah satu sebab ialah kulit kayu manis mempunyai ciri-ciri ‎anti-keradangan, menjadikan sendi-sendi dan kekejangan otot-otot menjadi berkurangan. ‎


sumber

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway By Syazwani Mazlan 2016

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

(klik banner kalau nak join)

Pencarian bloglist by FARAH SANUSI

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Pencarian bloglist by FARAH SANUSI
(klik banner kalau nak join)

Pencarian Bloglist 2016 : Jouska Ineffable

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)

10 Tips Harian Untuk Hilangkan Perut Buncit

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Makan Protein Tanpa Lemak

Yang pertama dan yang terpenting andalah mengetahui bahwa protein tanpa lemak andalah protein dari makanan yang memberikan sedikit lemak atau bahkan tidak anda lemak sama sekali.

Harvard School of Public Health mengatakan bahwa sumber protein membantu dalam menjaga lemak tepu panda tahap pengambilan yang sihat. Sumber protein yang didapati dari ayam dan kacang-kacangan membantu anda mendapat tubuh ramping tanpa pengumpulan lemak.

Selain itu serat juga sangat penting untuk anda. Fungsi utama dari serat adalah untuk membersihkan sistem pencernaan. Sebab serat dapat membantu mendorong gerakan usus, dengan demikian dapat membantu detosifikasi tubuh.

Dan yang paling menakjubkan andalah fakta bahwa dengan mengkonsumsi serat, tubuh membakar cukup kalori saat melakukan proses pencernaan. Selain itu serat juga mengandungi sedikit kalori, sehingga makan banyak serat dari buah maupun salad dapat membantu perut menjadi lebih rata.

2. Hindari Kalori Pandat

Jika Anda ingin mendapatkan perut yang rata, penting untuk menjauhi jus buah bergula, alkohol, dan fruit punch. Secara umum, jus buah, alkohol, dan fruit punch andalah kalori padat dan sering mengganggu kadar gula darah dalam tubuh.

Dibanding jus, buah sangat baik jika dimakan terus, karena anda tak akan kehilangan serat naturalnya. Sedangkan jika jus maka buah kurang memberikan serat yang penting bagi tubuh. Tambahan gula pekat pada jus juga tidak akan mewujudkan mimpi Anda memiliki perut rata.

3. Olahraga Kardio

Olahraga kardio juga tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan perut rata. Semua jenis kardio yang dilakukan secara rutin dapat meningkatkan kelajuan jantung anda dan menjaganya. Hal ini menyebabkan peningkatan konsumsi oksigen yang menyebabkan hilangnya lemak.

Kehilangan lemak dan membangun stamina sama-sama penting. Jika Anda makan makanan sihat dan olahraga, kemungkinan untuk mendapatkan perut yang rata akan meningkat.

4. Relaks

Hormon stres, kortisol, berperanan dalam penambahan berat bandan. Ketika seseorang stres, maka kortisolnya akan meningkat. Umumnya seseorang akan mengalami stres parah saat sedang ada deadline kerja yang ketat, krisis kewangan, juga saat cedera atau sakit. Dalam kondisi stres berat, level kortisol akan mencapai tingkat yang ekstrem atau merusak fungsi sistem adrenal. Hal ini dapat menyebabkan penambahan berat bandan atau ketidakmampuan seseorang untuk menurunkan berat badan. Tak hanya itu, kortisol yang meningkat juga meningkat risiko pada penurunan daya tubuh.

5. Minum Air

Air tidak kurang pentingnya dalam proses diet anda untuk mendapatkan perut yang rata. Air adalah 70 % bahagian dari tubuh kita. Kebanyakan proses metabolisma mengambil air dari dalam tubuh.

Sehingga, ketika kita hidrasi dengan baik tingkat metabolisma tubuh kita naik. Ini berarti bahwa tubuh kita mampu mencerna makanan yang kita makan dengan cara yang tepat. Makanan digunakan untuk membakar kalori yang cukup diperlukan oleh tubuh, yang dapat membuat perut rata.


6. Jauhi Minuman Soda

Satu gelas soda mengandung kalori lebih banyak jika dibandingkan sebiji pisang yang besar, dengan tiada nilai gizi sama sekali didalamnya. Banyak kalori tersebut berasal dari sirup jagung yang memiliki kadar fruktosa yang tinggi, dimana tubuh kita tidak benar-benar tahu bagaimana memprosesnya, dan akhirnya berubah menjadi lemak perut.

7. Latih Keseimbangan

Menjaga keseimbangan dengan menggunakan bola. Berbaring pada bola dan hembuskan nafas, tarik perut panda posisi stabil. Sekarang angkat lengan kanan anda ke arah depan dan kaki kiri ke arah belakang. Bernafas dan tahan diri Anda dalam posisi seperti ini untuk 10 saat.

Sementara itu, dengan menggunakan perut dan otot punggung, menjaga bola dan tubuh dalam garis lurus. Ulangi latihan ini sama dengan yang berlawanan. Lakukan satu set 5 di setiap sisi.

8. Lemon Panas di Pagi Hari

Hal pertama yang harus anda lakukan setelah anda terbangun andalah dengan memulai hari anda dengan segelas lemon panas diikuti dengan jus buah seperti mint dan ketumbar. Ini akan membantu metabolisma.

Selain itu Anda harus melakukan beberapa aktiviti fizikal seperti jalan cepat atau jogging selama minimal 30 minit dengan beberapa latihan berkonsentrasi pada perut.

9. Sarapan Sangatlah Penting

Jangan pernah melewatkan sarapan, jika Anda ingin kehilangan berat badan. Saat anda bangun tidur di pagi hari, metabolisma Anda sedang berada dipuncaknya dan jika tidak makan pada pagi hari, metabolisma akan sangat lambat seharian.

10. Lebih Banyak Aktiviti

Meskipun anda menghabiskan waktu satu jam perhari di dalam gym itu tidak cukup. Cobalah untuk memnafaatkan sisa waktu sebaik mungkin dengan lebih aktif.

sumber

Download 1 Folder Himpunan Lagu Raya Lama & Baru

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Mood raya makin lama makin dekat dan nampaknya sudah kedengaran lagu-lagu raya sama ada di supermarket, di radio atau dimana sahaja.

Dengan mood raya yang makin meningkat, pastinya ramai yang sedang mencari-cari mana nak download lagu raya untuk dijadikan ringtones atau sebagainya.


Okay tak nak buang masa membebel bebanyak, korang yang nak download tuh just klik link di bawah okey.. ^^

>>>Download 1 Folder Himpunan Lagu Raya Lama & Baru Aidilfitri<<<


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png