Butik Avon Online di ZALORA

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Ditubuhkan sejak tahun 1886 lagi, Avon merupakan syarikat gergasi yang menghasilkan pelbagai produk khusus untuk wanita yang merangkumi rangkaian produk kosmetik, set penjagaan diri, set wangian dan mandian, aksesori wanita dan barangan keperluan yang lain. Jenama yang berasal dari Amerika Syarikat ini melakar kejayaan yang amat membanggakan dan telah berkembang keseluruh dunia dengan membawakan barisan produk yang berkualiti. Dengan berbekalkan pengalaman selama 125 tahun dalam industri kosmetik, jenama ini terus maju kehadapan dengan lebih banyak keluaran produk-produk yang terbaru.


Jenama yang sentiasa menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia ini menawarkan aneka produk khusus wanita yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda boleh menemui ribuan ejen Avon di seluruh Malaysia dan tidak dilupakan juga stokis-stokis Avon yang berhampiran dengan kawasan anda. 

Bukan khusus untuk wanita sahaja, Avon kini turut membawakan rangkaian produk penjagaan dan set wangian untuk lelaki. Untuk memudahkan lagi proses pembelian anda bersama jenama ini, produk Avon kini turut boleh dibeli dengan pantas di butik Avon online. Di mana lagi kalau bukan di portal online popular – ZALORA Malaysia. Di ZALORA, anda berpeluang menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda atas pembelian produk bernilai RM 75 dan keatas.

Jangan lepaskan peluang ini!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png