8 Punca Sakit Lutut Yang Biasa Berlaku

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

  1. Serpihan tulang (bone chips) – semasa berlaku kemalangan disebabkan terjatuh atau terkena impak kuat daripada pelanggaran, stuktur tulang boleh pecah dan berkecai. Serpihan ini boleh terperangkap diantara ruang sendi dan menyebabkan rasasakit dan bengkak.
  2. Bursitis – bengkak yang berlaku pada selaput yang mengandungi lendir pelincir sendi. Rasa sakit ini berlaku disebabkan kesan yang dialami oleh lutut daripada terjatuh, terlalu kerap digunakan.
  3. Iliotibial band syndrome – iliotibial adalah sekeping tisu kukuh yang terdapat dari pinggul anda ke betis. Jika ia terlalu letih disebabkan terlebihdigunakan atau masalah-masalah lain, ia boleh menjadi bengkak dan menyebabkan sakit di sebelah luar lutut.
  4. Medial plica syndrome – Plica adalah lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila ia terlalu kerap digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.
  5. Osgood / Schlatter Disease – ia adalah benjolan yang sangat sakit tumbuh dibawah lutut, dimana tendon menghubungkan kepala lutut kepada tulang betis/kering. Rasa sakit sering pergi dan kembali mengikut masa. Ia biasanya berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan yang berusia antara 13 dan 14 tahun.

    SEE ALSO : 5 Punca Penyakit Buasir
  6. Osteoarthritis – sakit lutut yang biasa berlaku kepada mereka yang berusia 50 tahun keatas.
  7. Kepala lutut beralih kedudukan – ia berlaku apabila kepada lutut beralih sedikit daripadakedudukan asal, ia menyebabkan rasa sakit dan bengkak.
  8. Tendonitits – sakit pada bahagian tendon. Tendon adalah pengikat yang kuat anatara tulang dan otot. Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mneyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

Jika semua punca sakit lutut diatas tidak dirawat, kesakitan yang sama mungkin boleh berlaku berulang-ulang mengikut masa.
sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png