8 Fakta Unik Tentang Lidah Manusia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak. Ia juga mempunyai 8 Ciri Unik.. Jom baca 8 ciri tersebut di bawah :
  1. Terdapat 10,000 tunas rasa dalam mulut, 9,000 terletak pada lidah dan selebihnya pada dinding mulut, bibir, dan lelangit.

  2. Lidah boleh membezakan beberapa rasa utama iaitu masam, manis, pahit, masin, dan umami. Umami adalah rasa terbaru yang ditemui oleh saintis Jepun yang mana rasa itu tercetus disebabkan oleh monosodium glutamat.

  3. Lidah adalah otot yang mampu menghantar deria rasa terus ke otak. Tunas rasa setiap individu mempunyai kira kira 15 bahagian yang boleh menghantar isyarat terus ke otak.

    BACA JUGA : 14 Kebaikan Vitamin C Yang Mantap
  4. Lidah adalah harta paling unik. Ia tidak berupaya mengesan rasa jika ia berada dalam keadaan kering. Ini bermakna jika anda meletakkan hirisan lemon diatas lidah yang kering, anda tidak akan mampu mengenal pasti bahawa ia adalah masam. Lidah mendapat deria rasa yang peka kerana adanya air liur yang sentiasa membasahinya.

  5. Setiap manusia mempunyai tongueprints (imprint lidah) yang berbeza, sama seperti cap jari kita.

  6. Sekitar 70 peratus bau mulut disebabkan lidah. Ini kerana mulut mengandungi 600 jenis bakteria berbeza. Dalam setiap titisan air liur mengandungi satu juta bakteria tersebut. Bayangkanlah berapa banyak bakteria yang ada pada lidah.

  7. Setiap tunas rasa pada lidah mempunyai 50-100 sel deria rasa. Tidak ada satu sel pun yang boleh merasa lebih daripada satu rasa.

  8. Deria rasa lidah menjadi aktif dengan adanya air liur. Ini kerana tunas rasa mampu mengaktifkan deria rasa apabila molekul makanan larut dalam air (liur). Maknanya, anda tidak akan dapat rasa apa-apa makanan walaupun lidah basah jika molekul makanan tersebut tidak larut dalam air.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png