Senarai Pemenang Simply Segmen By Shawal & Sofie

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Okay xbanyak masa nak taip panjang lebar.. maaf huhu..

Btw, Tq so much kepada 54 peserta yang join! Tq so muchhh..

Straight to the main topic, who is the winner for Simply Segmen By Shawal & Sofie ?

Top Up RM5 (2 Pemenang by Shawal)

Top Up RM5 (2 Pemenang by Sofie)


Review Blog (2 Pemenang by Sofie)


Bloglist Bulan Mei (10 Blog by Shawal)



Tq again 54 blogger yang sudi join segmen kami ni.. Tq juga kepada Kak Sofie sudi kolaborasi ngan shawal untuk segmen kali ni.. ^^ Tq everyone tq so much.. happy blogging.. :)

Simply Segmen By Shawal & Sofie

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

( https://1.bp.blogspot.com/-NWx70TGluWw/Vw4xGz8jneI/AAAAAAAABLc/yM1o5451O34ZgQvmj83Xsxc03IdlZRcAQCLcB/s1600/IMG-20160413-WA0007.jpg )

Alhamdulillah setelah berbincang punya berbincang akhirnya segmen kolaborasi dengan blogger power telah berjaya dilancarkan malam ni.. hehe.. siapakah blogger power tu? akak Sofie lah.. ^^

Okay untuk segmen ni kami adalah nak bagi sedikit hadiah yang simple kepada beberapa peserta bertuah.. hadiah nanti rujuk bawah ye.. Nak join? Follow je syarat and cara join di bawah k.. ^^


  1. Follow blog Shawal & blog Kak Sofie (mesti)
  2. Like fanpage kalau sudi lah (xkesah)  || 
  3. Add google+ (xkesah) : +Mohd Noor Shawal
  4. Buat entry tajuk "Simply Segmen By Shawal & Sofie"
  5. letak banner diatas dan backlinkkan ke blog ni atau copy paste je kod di bawah
  6. Dah siap, publish then komen link penyertaan di entri ni.. Done..

Senarai Peserta


Tamat : 9:00 PM 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16

7 Perkara Mengenai Bersenam Yang Anda Perlu Tahu #Part 1

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Sudahkah anda bersenam pada hari ini? Malas? Jangan begitu, senaman mempunyai banyak faedahnya kepada kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Tidak perlulah melakukan senaman secara ekstrem. Memadai dengan meluangkan masa hanya 20 minit sehari. Cuba semak info kat bawah ni….mana la tau kan lepas n ati terbuka plak untuk senaman…hik2….
1) Senaman Kuatkan Tulang
Selain daripada melakukan latihan ‘weight bearing’, anda juga boleh melakukan aktiviti yang mampu mendorong otot dan tulang untuk menyokong berat badan daripada pelbagai sudut arah yang berbeza. Menurut Monica Klungland Torstveit, peneliti dari Norwegian University of Sport and Physical Education, Oslo, gerakan yang ‘tidak biasa’ sangat baik untuk menguatkan tulang. Jadi, daripada melakukan latihan yang sama setiap hari, cubalah pelbagaikan latihan anda. Contohnya, mendaki pada dataran yang tidak rata lebih baik berbanding berjalan di atas jalan yang rata.
2) Punyai Lengan Yang Kuat
Jika ingin memiliki lengan yang kuat dan berotot, lakukanlah ‘funtional exercise’. Caranya, satu tangan bertumpu pada kerusi sementara tangan yang lain menggenggam ‘dumbell’ lurus di sisi tubuh. Angkat dumbbell, tarik siku ke belakang sehingga lengan atas selari dengan lantai. Menurut Paul Chek, pengasas Corrective High-performance Exercise di Kinesiology Institute, California, latihan ini merupakan gerakan ideal yang bukan hanya melatih otot dan bahu tetapi juga punggung dan seluruh tubuh badan.
3) Bersenam Tingkatkan Prestasi Kerja
American College of Occupational and Environmental Medicine di Arlington Height, Illinois, Amerika Syarikat mendapati bahawa pegawai pelbagai jenis pekerjaan yang aktif secara fizikal mempunyai prestasi kerja yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang tidak bersenam. Ini bermakna, lebih sihat tubuh badan anda, lebih tinggi tahap prestasi kerja anda. Sebaliknya, mereka yang berbadan gemuk lebih sukar untuk bergaul dengan rakan sekerja dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja. Agar kesihatan tubuh badan berada di tahap yang memuaskan, anda perlu sentiasa bersenam.
4) Senaman dalam air kurangkan risiko cedera
Tak pandai berenang? Bukan halangan untuk tidak berada di dalam air. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam air seperti melompat-lompat, berlari, atau berjalan-jalan. Efeknya sama seperti anda melakukan aerobik. Aktiviti ini juga sesuai untuk orang yang memiliki masalah berat badan, penyakit sendi, dan wanita hamil sekalipun. Keadaan air yang tanpa tekanan dapat mengurangkan risiko cedera yang kadang kala boleh berlaku di darat.
5) Pecahkan Masa Latihan Lebih Baik
Jika selama ini anda biasa berlatih satu sesi selama 30 minit, cubalah ikuti saranan yang dibuat oleh pakar dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat, iaitu memecahkan latihan tersebut menjadi tiga sesi, masing-masing 10 minit. Penelitian membuktikan bahawa latihan dalam beberapa sesi pendek ternyata dapat mengurangkan kadar ‘trigliserid’ (salah satu unsur lemak di dalam darah) lebih banyak dibandingkan latihan dalam satu sesi yang panjang.
6) Bersenam Turunkan Risiko Kanser Usus
Rutin senaman memang merupakan salah satu pertahanan terbaik terhadap serangan penyakit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, sekali hingga empat kali seminggu dapat menurunkan risiko terkena kanser usus besar sehingga hampir 50 peratus. Fakta ini diperolehi daripada hasil kajian yang dilakukan oleh ‘Monash Medical School’ di Australia.
7) Yoga Seimbangkan Hormon Dalam Badan
Yoga terbukti mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh badan. Dengan yoga, sistem peredaran darah dapat diperbaiki dan hormon di dalam tubuh badan menjadi lebih seimbang. Gerakan-gerakan yoga membantu sistem fizikal dalaman berfungsi lebih baik dan seterusnya menjadikan tubuh badan seseorang lebih terbentuk dan langsing. Selain daripada mencantikkan tubuh badan, yoga juga membuatkan kulit kelihatan lebih berseri-seri. Semuanya kerana hormon yang seimbang dan darah yang mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi. Kulit yang mendapat bekalan oksigen mencukupi tidak akan menghadapi masalah kekeringan dan hilang keanjalannya. Malah, ia juga memperbaiki otot-otot wajah dan leher. Bagi yang menghadapi masalah perut buncit, yoga boleh membantu mengatasi malah ini. Bagaimanapun, lakukannya secara rutin.


THE MEN : Best Style Tips For Big Guys

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


For bigger guys, whether they be tall or wide, it can often be difficult to suit up with stylish fashions. Between the lack of options available and the media constantly trending toward skinnier dudes, it can be disheartening for large men to find styles that appropriately fit them. However, things are starting to change for men-of-size thanks to better attitudes and more fashion offerings available than ever before. Everyone knows about the slimming effect of vertical stripes, but there are many more options for large men that you can take advantage of to ensure that you look your best. These are a few of our tips and style recommendations for how to utilize new trends and be large and in charge.

Feeling Fit in Activewear

We never thought we’d see the day but those sweatpants and hoodies you love so much are actually on trend. Call it activewear, athleisure, or loungewear—just don’t call it a comeback. Now, that doesn’t mean you can go around wearing the off-brand sweats with the mustard and chili stains in public, but the right pair can go a long way in making you look cool while feeling comfortable. The Nike Tech USOC Sweatpants continue their unstoppable takeover of men’s fashion and are constantly sold out both in stores and on the company’s website. Find a pair that fits well without being too baggy and pair them with a nice pair of shoes or boots for a confident and casual look.


Flannels and Plaids

Plaids are very “in” right now and are also the perfect pattern for big and tall men. The right plaid pattern provides the perfect rustic look that will look great all year long, but it’s especially nice in the winter weather. We love the variety of styles that are available from sports shirts to flannels, which give us some terrific options no matter what the weather might be. However, be careful to make sure whatever you buy fits well and complements your body shape, lest you look like a walking tablecloth.

Ditch the Belt for Some Suspenders

If you’re pushing a bit more around the midsection than most, you’re probably already too familiar with the problems that can come with a belt. Most people don’t consider that the shape of the stomach tapers and because of this a belt is going to constantly slip down below your belly. A classic pair of suspenders is just the thing for big and tall men. It provides the necessary support while remaining comfortable and keeping you from bunching and cinching your pants around your waist.

A Cut Above the Rest

You don’t want to look like you’re hiding something, you want to look good. That’s where adding some much-needed structure to your outfit comes in. One great way to do this is by going with spread collars for your button-down shirts. The broad collars help to keep your face looking proportional and allow you to go for a bigger knot when you wear a tie, which also helps to make you look smaller.

Scarves

Accessories can go a long way and help to take attention away from your size and put it onto your outfit. In the winter months, a nice scarf paired with a slimming v-neck sweater can work wonders. Not only that, but it can keep you looking fresh when its freezing out.
With these style tips on your side, you’ll be lookin’ sharp in no time.

Source from Men Style Fashion 

Pengurusan Kewangan menurut Perspektif Islam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


MANUSIA SEBAGAI PENGURUS

Manusia diciptakan oleh Allah SWT untuk mentadbir dan menguruskan kehidupan mereka di dunia. Surah al-Baqarah ayat ke 29 menggambarkan satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul oleh manusia khususnya umat Islam sebagai khalifah atau pentadbir alam ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”

Semua ini adalah dengan satu tujuan iaitu mengharapkan redha serta rahmat Allah di dunia dan akhirat. Perancangan dan pengurusan kewangan juga adalah salah satu elemen di dalam kuasa pentadbir yang dirangkumkan bersama sifat khalifah seperti yang dinyatakan tadi.

Jika diperincikan, pengurusan kewangan amat penting bagi pembentukan kehidupan setiap individu, pembangunan masyarakat malah sehingga kepada pembinaan negara maju dan berjaya. Bagi setiap individu, keperluan kepada kewangan amat kritikal sehinggakan urusan harian menjadi keutamaan sepanjang masa demi memenuhi keperluan tersebut. Kelangsungan kehidupan semasa dan masa hadapan merupakan elemen yang diambil kira sebagai kepentingan untuk menguruskan kewangan secara terperinci dan teliti. Hakikat ini diterjemahkan pula kepada kelangsungan interaksi sosial di antara anggota masyarakat, yang mana melalui pengurusan kewangan yang sistematik, dapat menggalakkan kehidupan yang harmoni serta mewujudkan sistem ekonomi yang stabil di dalam sesebuah komuniti sosial di dalam negara kita.

Melihat lebih jauh ke hadapan, perkembangan dan pembangunan negara juga memerlukan kepada pengurusan kewangan dan aset yang cekap serta proaktif. Hanya melalui pengurusan dan perancangan kewangan yang sistematik, negara dapat dibangunkan dengan baik dalam memenuhi cita-cita serta impian negara bangsa yang membangun. Lihatlah penegasan Allah SWT di dalam Surah Yusuf ayat 47 – 48, mengenai peri pentingnya perancangan sebelum menghadapi sesuatu perkara dan bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.

“Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.”

ISLAM DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Bertitik tolak dari salah satu elemen Maqasid Syariah yang digariskan iaitu Hifz Mal (penjagaan harta), Islam sememangnya meletakkan kepentingan untuk menjaga dan menguruskan kewangan dengan baik. Islam menggalakkan umatnya untuk menghasil, mengembang dan menggunakan harta dengan bijaksana dan tersusun. Malah, melalui harta yang dikurniakan kepada manusia, akan menjadi medan ujian kepada mereka sama ada terus merasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ataupun berada di dalam kufur serta bongkak dengan kemewahan dunia yang sementara. Harta jugalah yang akan menjadi wasilah atau jambatan kepada kelestarian taqwa manusia kepada Allah SWT. Berpandukan kepada kewajipan yang diamanahkan oleh Allah SWT seperti zakat, nafkah, sedekah dan sebagainya, manusia dapat menjadikan harta itu pemangkin kepada jawapan syurga yang didambakan di akhirat kelak.


Menurut ruang lingkup Islam, harta dan kewangan merupakan alat untuk menjamin keselesaan dan kelangsungan hidup di dunia. Kehidupan dunia perlu dijalani dengan penuh hemah dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat akhirat. Oleh itu, pengurusan yang baik, dapat menjamin kelangsungan hidup manusia dalam berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya memperolehi keberkatan dan rahmat dalam kehidupan. Di samping keperluan dunia, matlamat utama yang ingin dicapai sudah tentulah kejayaan akhirat yang abadi. Begitu juga harta dan kewangan adalah pemangkin kepada kejayaan ini. Maka, pengurusan harta yang bermatlamat dan mengikut kehendak syarak, akan memandu kehidupan manusia dengan baik dan mengikut acuan Islam, seterusnya mencapai matlamat redha dan rahmat Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan, (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu  ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian), kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”      
(Surah al-Baqarah: 278 & 279)

Kegagalan manusia di akhirat adalah disebabkan kegagalan menuruti perintah Allah di dunia. Melalui ayat di atas, telah jelas pengharaman riba dan kesan daripada pengulangan mengamalkan riba. Sejak sekian lama manusia telah bergelumang dengan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan. Acuan sistem kewangan telah diolah untuk mengejar keuntungan dunia semata-mata dan seterusnya umat Islam terus terjerumus ke lembah ancaman yang dijanjikan oleh Allah SWT akibat daripada tidak mengambil berat urusan halal dan haram di dalam aktiviti kewangan mereka. Fahamilah sabda Baginda Nabi SAW di dalam satu hadis yang bermaksud:

 “Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara: Tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya”                                      (HR at-Tirmidzi: Hasan Sahih)

PILIHAN ATAU KEWAJIPAN

Hari ini, dunia telah pun memberikan pengiktirafan kepada sistem kewangan Islam. Pada masa kini, negara kita dilihat sebagai pelabuhan kewangan Islam yang sangat berkembang dan bergerak maju ke hadapan. Dari itu, hal ini merupakan penyelesaian yang paling tepat dan mudah bagi umat Islam khususnya di negara kita untuk menjalankan urusniaga dan menguruskan kewangan secara sistematik serta patuh syariah. Tiada lagi alasan bagi umat Islam untuk mengelak daripada menyelesaikan masalah pengurusan kewangan mereka. Tiada lagi perkataan ‘darurat’ dan ‘terpaksa’ yang boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh umat Islam hari ini, kerana semuanya telah tersedia mengikut acuan al-Quran dan as-sunnah.


Dari aspek simpanan wang, pelaburan, takaful sehinggalah kepada pembiayaan modal perniagaan, semuanya mampu disediakan oleh sistem kewangan Islam. Aspek pengurusan kewangan peribadi seperti pelaburan untuk masa hadapan, takaful dan insurans nyawa untuk diri dan keluarga juga mampu ditawarkan, begitu juga untuk tujuan perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kad debit dan kredit telah tersedia untuk kita manfaatkan dan pada masa yang sama beroleh keberkatan kerana membantu perkembangan sistem ini. Di samping aspek pengurusan kewangan untuk kelestarian hidup dunia pada masa hadapan, Islam turut memberikan peluang kepada umatnya melaksanakan pelaburan untuk kelestarian akhirat seperti sedekah dan wakaf. Amalan wakaf juga sebahagian daripada sistem ekonomi dan kewangan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penyumbang, malah terus menerus membantu perkembangan ekonomi dan kebaikan sosial. Marilah kita jadikan kehidupan ini bukan sahaja baik untuk diri kita, malah dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW  yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain..”
(HR al-Bukhari & Muslim)

RESOLUSI PENGURUSAN KEWANGAN

Bagi mencapai pengurusan kewangan yang sistematik, perancangan tersusun amat diperlukan. Di sini dicadangkan lima (5) Resolusi Pengurusan Kewangan sebagai panduan bersama di dalam menguruskan kewangan secara sistematik, di antaranya:

Pertama: Menetapkan matlamat di dalam kewangan.

Penetapan matlamat kewangan akan mewujudkan aliran kewangan yang teratur dan tersusun tanpa sebarang gangguan terhadap sumber kewangan sedia ada. Hal ini akan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran seterusnya mengawal selia perbelanjaan agar tidak berlebihan dan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu. Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya”                                          
(Surah Al-Isra’:27)

Kedua: Meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan

Melalui agensi pengurusan kewangan kerajaan dan swasta, terdapat pelbagai bentuk informasi dapat diperolehi. Malah, agensi tersebut juga menyediakan seminar dan kursus pengurusan kewangan dan hutang dalam usaha memberikan pendidikan kepada seluruh masyarakat. Di antara agensi yang terlibat seperti Unit Khidmat Nasihat Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia. Adalah satu kebaikan jika institusi perbankan dan kewangan swasta turut sama memainkan peranan dalam menyediakan program dan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap pengurusan kewangan. Teruskan usaha untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan yang akhirnya pengetahuan itu akan membantu menguruskan kewangan dengan baik.

 Ketiga: Pengurusan hutang dengan bijaksana

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah SWT  juga, akan menghancurkan dirinya.”    (HR al-Bukhari)

Setiap individu tidak akan terlepas daripada hutang-piutang seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, berazamlah untuk melunaskan segala hutang- piutang kerana ianya bukan sahaja menjadi beban di dunia malah di akhirat.

Keempat: Menguruskan pelan pelaburan

Adalah tidak patut bagi mereka yang berharta untuk terus menyimpan sahaja tanpa ada usaha untuk mengembangkan harta tersebut. Harta perlu dikembangkan melalui beberapa kaedah yang disediakan seperti pelaburan dan sebagainya. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Yusuf yang bermaksud:

“Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.”

 Kelima: Melibatkan ahli keluarga dalam pengurusan kewangan

Firman Allah SWT di dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud:


“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-Malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Keterlibatan ahli keluarga terdekat adalah perlu untuk memastikan perancangan dan penyusunan kewangan menjadi teratur serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Didiklah anak-anak untuk menyimpan daripada lebihan wang saku dan berbelanja untuk perkara yang perlu sahaja. Pada masa yang sama, bawa kepada pengetahuan keluarga tentang komposisi hutang piutang yang ada, sempurnakan wasiat agar dengannya semua proses pembahagian harta selepas peninggalan kita dapat dijalankan dengan sempurna.

FITNAH UMAT AKHIR ZAMAN

Marilah sama-sama kita merenung maksud hadis daripada Rasulullah SAW ini:

“Sesungguhnya setiap umat mempunyai fitnah, dan fitnah bagi umatku adalah harta”
(HR at-Tirmidzi)

Harta adalah fitnah kepada umat Muhammad SAW, marilah kita seluruh masyarakat agar sentiasa bersedia dan berwaspada dalam menguruskan kewangan. Kesenangan bukan hanya untuk dunia, malah kesenangan itu yang akan membawa cahaya di akhirat. Berusahalah mengikut acuan Islam demi mencapai redha Allah SWT.

Ust Ahmad Fikri Mohd Paudzi
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)


12 Mother's Day Gifts Idea (Buy Online - Malaysia) | 12 Idea Hadiah Sempena Hari Ibu (Beli Online - Malaysia)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mother's Day is a celebration honoring the mother of the family, as well as motherhood, maternal bonds, and the influence of mothers in society. It is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in the months of March or May. For this year, 2016, Mother's Day will be celebrate on 8 May 2016. So, today I am going to give you some ideas, things that can be given as a gifts to your mom on that day. Hope my ideas is okay.. ^^'

Item listed below can also ordered online on-the-spot.. ^^
  1. Fashion Necklace


    Buy Now at Zalora Malaysia 
  2. Simple but eye-catching NoteBook


    RM24.03 at Lazada Malaysia 
  3. Fashion Bracelet


    Buy Now at Lazada Malaysia 
  4. Tudung

    Buy Now at Tudung2U Malaysia 
  5. Humidifier

    RM39.80 at Qoo10 Malaysia 
  6. Fashion Wallet

    Buy Now at Zalora Malaysia 
  7. Floral-Designed Phone Case

    Buy Now at Lazada Malaysia 
  8. Artificial Flowers Rose Bouquet

    RM24.03 at Lazada Malaysia 
  9. Alrehab Pocket Spray


    RM15 (exclude Postage) whatsapp 'Rehab' 017 560 4611
  10. Sunglasses


    Buy Now at Zalora Malaysia 
  11. Watches


    Buy Now at Zalora Malaysia 
  12. Handbag



    Buy Now at Lazada Malaysia 

Hopefully the ideas will help u guys.. Sorry if the ideas not perfect and too simple.. huhu ^^' I deliberately update about this idea early because if u guys purchased the item today or tomorrow, In Shaa Allah the item will received before Mother's Day.. So u can prepare the gift early! Okay tq guys for reading! ^^


6 Punca Berlakunya Resdung

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Apa itu 'Resdung' ?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 


Punca Resdung
  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

    SEE ALSO : TIPS MERAWAT KENCING MANIS
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
sumber

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2016

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.
UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. UPSR dijalankan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Jadi kepada semua ibu bapa dan guru bolehlah melakukan persiapan yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

Download (Sila 'Skip Ad') :

8 Fakta Unik Tentang Lidah Manusia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak. Ia juga mempunyai 8 Ciri Unik.. Jom baca 8 ciri tersebut di bawah :
  1. Terdapat 10,000 tunas rasa dalam mulut, 9,000 terletak pada lidah dan selebihnya pada dinding mulut, bibir, dan lelangit.

  2. Lidah boleh membezakan beberapa rasa utama iaitu masam, manis, pahit, masin, dan umami. Umami adalah rasa terbaru yang ditemui oleh saintis Jepun yang mana rasa itu tercetus disebabkan oleh monosodium glutamat.

  3. Lidah adalah otot yang mampu menghantar deria rasa terus ke otak. Tunas rasa setiap individu mempunyai kira kira 15 bahagian yang boleh menghantar isyarat terus ke otak.

    BACA JUGA : 14 Kebaikan Vitamin C Yang Mantap
  4. Lidah adalah harta paling unik. Ia tidak berupaya mengesan rasa jika ia berada dalam keadaan kering. Ini bermakna jika anda meletakkan hirisan lemon diatas lidah yang kering, anda tidak akan mampu mengenal pasti bahawa ia adalah masam. Lidah mendapat deria rasa yang peka kerana adanya air liur yang sentiasa membasahinya.

  5. Setiap manusia mempunyai tongueprints (imprint lidah) yang berbeza, sama seperti cap jari kita.

  6. Sekitar 70 peratus bau mulut disebabkan lidah. Ini kerana mulut mengandungi 600 jenis bakteria berbeza. Dalam setiap titisan air liur mengandungi satu juta bakteria tersebut. Bayangkanlah berapa banyak bakteria yang ada pada lidah.

  7. Setiap tunas rasa pada lidah mempunyai 50-100 sel deria rasa. Tidak ada satu sel pun yang boleh merasa lebih daripada satu rasa.

  8. Deria rasa lidah menjadi aktif dengan adanya air liur. Ini kerana tunas rasa mampu mengaktifkan deria rasa apabila molekul makanan larut dalam air (liur). Maknanya, anda tidak akan dapat rasa apa-apa makanan walaupun lidah basah jika molekul makanan tersebut tidak larut dalam air.

THE MEN : 5 Korean Men's Hairstyle Inspiration

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

With the Seoul Fashion Week FW16 underway on 22 -26  March, all eyes are on the fashion industry of  Seoul, South Korea to see what the Korean designers are showcasing from their collection in this largest fashion business events in Korea.
The fashion collection aside, we want to draw attention to some of the coolest hairstyle spotted on the male models on the runway, to determine what will be the latest trend in the coming season in K-world.
Forget the hipster barbershop clippers cut, here are 5 great style for men inspired by more popular Korean’s style.






HADIS : Doa Rasulullah SAW di Dalam Solat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


`Aisyah r.a (isteri Nabi s.a.w) telah mengkhabarkan:

 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Bahawasanya Rasulullah s.a.w di dalam solat membaca doa (yang bermaksud):

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada siksaan kubur dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah (ujian) Al-Masih Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang"

-HR BUKHARI-

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png