Ketiadaan Negara Islam Adalah Dosa Terbesar Umat Islam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sudah satu kurun kita hidup tanpa khilafah yang hakiki.

Tanpa bai`ah kepada khalifah atau pemimpin umat islam, yang hakikatnya merupakan satu kewajipan ke atas seluruh umat islam yang ramai terlupa atau tidak tahu.

Berdasarkan hadith Ar-Rasul saw :

من مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
(Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak berbai'ah, maka matinya ia dalam keadaan kematian jahiliah)

-HR Muslim-

Ulama hadith tambah أي الضلال iaitu mati dalam keadaan kesesatan...

Ya, Umat Islam sedang berdosa kerana tidak melaksanakan seruan Hadis di atas pada waktu ini.

Maka bagaimana ingin Selamatkan diri dari dosa ini?

Bak kata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, nak taknak wajib berusaha meneruskan kehidupan Islam dan menegakkan kembali negara Islam dengan segala kemampuan yang ada (Ruj: Min Fiqh al-Dawlah, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)

Wajib bekerja bersama kelompok yang berusaha ke arah itu.

Bukan dengan kelompok yang berusaha ke arah negara sekular.

Inilah penyelamat kita daripada dosa 1 abad tanpa pemerintahan Islam, Khilafah Islamiyyah.

-Ustaz Ahmad b. Khairuddin-

Previous
Next Post »