10 Tips Cepat Sihat Dari Demam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Berikut ada beberapa cara mudah untuk segera baik dari demam.


1. Minum air dengan banyak.


Minum air yang banyak boleh mengelakkan tekak kita jadi kering dan sakit.Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan. 

Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar.





2. Elak dari minum kopi


Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam. Kenapa? sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air.

Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.



3. Wap Air dan Mandi Air Panas


Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu.

Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.



4. Sup Panas


Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. 

Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.








5. Gunakan wap humidifier


Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat.

Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.



6. Rehat


Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. 

Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.



7. Kumur-kumur dengan air garam


Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk.

Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.



8. Jangan merokok


Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok.

Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.





9. Kawal pemakanan


Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam.

Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:



  • Bawang putih
  • Madu
  • Peppermint
  • Oren, Lemon, Anggur, Parsli, Kobis Bunga
  • Makanan yang mengandungi mineral Zink




10. Elakkan dari senaman

Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badan.




(click for more)

4 comments:

Munirah Mustafar said...

selalunya kalau badan saya ada tanda2 nak demam, saya kena paksa rela bagi badan berpeluh + minum air kosong lebih...then baru rasa segar balik

Munirah Rafiuddin said...

memang sekarang musim orang demam kan...
take care tau

Yun Sing said...

Haha.. masa demam masih ke sekolah berkawat dan mandi air sejuk xD

Mohd Noor Shawal said...

@Yun Sing amboiii.. hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png