Seramai 110 wartawan meninggal dunia tahun lalu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Global - Seramai 110 wartawan meninggal dunia sepanjang 2015 dan 67 daripadanya dilapor meninggal ketika bertugas.
Bagaimanapun 43 lagi kematian yang membabitkan wartawan tidak dinyatakan dengan jelas, lapor akhbar The Daily Star baru-baru ini.
Memetik laporan Reporters Without Borders, seramai 27 wartawan bukan profesional dan tujuh petugas media lain turut terbunuh sepanjang tahun lalu.
Sebahagian besar angka kematian disebabkan kekerasan yang disengajakan terhadap wartawan dan menunjukkan tiada inisiatif untuk melindungi petugas media.
"Korban tertinggi terutama disebabkan kekerasan yang disengaja terhadap wartawan dan menunjukkan kegagalan inisiatif untuk melindungi petugas media," laporan tersebut dipetik.
Menurut Setiausaha Agung RSF, Christophe Deloire lebih separuh daripada wartawan meninggal dunia di negara zon perang.
“Sangat penting untuk mencipta mekanisme khusus bagi menegakkan undang-undang antarabangsa mengenai perlindungan terhadap wartawan...
“110 orang wartawan yang terbunuh pada tahun ini memerlukan jawapan yang sepadan dengan kejadian," katanya yang meminta wakil khas PBB dilantik bagi menangani isu itu.
Iraq dan Syria menjadi tempat paling bahaya buat wartawan pada tahun ini dengan mencatatkan kematian seramai 11 dan 10 orang.
Manakala negara yang ketiga bahaya adalah Perancis di mana lapan wartawan menjadi korban akibat serangan jihad pada bulan Januari di Pejabat Majalah Charlie Hebdo yang mengejutkan seluruh dunia.
Laporan tersebut juga menyebut pada tahun 2015, 54 wartawan telah ditawan, 26 di Syria dan selebihnya tidak dinyatakan.
Selain itu 153 wartawan masih dipenjara, 23 dari China dan 22 yang lain di Mesir.

2 comments:

Nur Fitri said...

Bukan mudah tugas seorang wartawan untuk mencari berita untuk tatapan umum. Terpaksa mengorbankan nyawa. :'(

Mohd Noor Shawal said...

@Nur Fitri betul.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png