SEGMEN : "JOM SOLAT

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

5 Solat Sunat

  1. Solat Sunat Dhuha



    Rasulullah SAW  bersabda: 
     “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)


  2. Solat Sunat Witir



    Daripada Abu Hurairah, katanya,
     “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)


  3. Solat Sunat Taubat



    Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
    “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)


  4. Solat Sunat Istikharah



    Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”


  5. Solat Sunat Hajat



    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)

4 comments:

Khairul Nisya said...

Singgah dari segmen yang sama :) Dan follow awak sekali :)
http://khairul-nisya.blogspot.my/2016/02/segmen-jom-solat.html

Mohd Noor Shawal said...

@Khairul Nisya tq sudi singgah and follow sekali.. :)

done singgah balik.. ^^

Ct Roxalynna NH said...

terbaik, Shawal (y) :)

Siap ada sebutan hadith

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Hi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat JoM BeRcOnTeSt dan singgah jenjalan kat KiSaH HiDuP Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png