LELAKI : Kacak Bergaya Dengan Badlab Battle Repair & Badlab Baby-Faced Assassin (MALAY)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Hello korang! hah hari ni kasi review satu produk penjagaan yang sungguh menarik dan kelakar serta berkesan buat lelaki, BadLab... Haa... sapa penah dengar BadLab? Mesti ramai yang tak penah dengar kan? hahaha.. even aku pun baru dengar dua-tiga hari lepas.. masa nak beli tuh.. huhu

So a little bit pasal produk diorang ni.. aku suka betul baca 'about' diorang ni.. kelakar plus sentap sikit.. hahaha.. maaf lah dalam bahasa omputeh.. nanti aku translatekan kalau rajin hehehe..

BadLab ni bukan maksud Makmal Jahat ye.. hahaha.. BAD maksudnya Brave And Daring, Lab maksudnya Laboratory.. So BadLab.. Brave And Daring Laboratory.. haa ada berani? try ar produk ni yokkk!!

Spiritually, we were founded since the creation of Adam. To seek new frontiers and boldly go where no other personal care for men has gone before.
Dirty, Sexy, Filthy, Clean. And Quick.The day is out there and not in the bathroom. So wash like a man and not like a girl. Energizing, revitalizing and healing ingredients, man-gineered for the man who’s all walk and little talk. You’re the animal, you do the testing.We are Bad Lab. Carpe Diem.

Dia kata dia dah lama keluarkan produk ni sejak kelahiran Nabi Adam.. Aku fikir part ni agak logik sebab apa tau? Sebab produk ni actually kebanyakan bersumber alam ciptaan Allah SWT yang mempunyai kepada kita yang manusia ni.. Cuma kita je yang tak tahu and kene cari then manfaatkan perkara tersebut and bukannya salah guna nikmat tersebut.. "Dirty, Sexy, Filthy, Clean. And Quick." yeah.. sifat lelaki sejati kan? hahahaha.. ye kot sebab aku kan lelaki sejati.. hhehehe.. k jangan muntah.. Apa yang aku faham part The day is out there and not in the bathroom. So wash like a man and not like a girl. lelaki tak sepatutnya buang masa dalam tandas lelama macam perempuan.. aku rasa lah hehehe.. man-gineered for the man haa.. kau jangan main main.. lelaki wat produk ni untuk lelaki je tau.. perempuan no no k.. hehehe.. You’re the animal, you do the testing. best part ni sebab semua produk diorang tak menjadikan haiwan sebagai mangsa ujikaji diorang.. 

Aku ke watson baru baru ni nak cari satu pencuci muka product 'Dash***' ni yang duk kecoh kecoh kat sesetengah blog and fb pasal keluaran produk terbaru diorang.. tapi xjumpe.. then jalan punya jalan dengan penuh kekecewaan mata jadi juling tengok produk BadLab ni.. warna botol and corak dia memang lain dari yang lain.. macam something special.. 

BadLab Baby-faced Assassin

Product Image
BadLab Battle Repair


Tak rasa menarik ke bila tengok botol dia cam tu.. so aku pun belek belek botol tu baca apa bagai.. then tak pikir apa dah terus beli! hahaha.. Yang lawaknya pencuci muka dia nama 'Baby-faced Assassin'... Hahaha.. korang tahu lah kan apa maksud assassin? Pembunuh kejam? amboiii.. Tapi!! Baby faced?? hahahahhaa... 

Balik je rumah petang tu terus pi cari tandas and basuh muka tu puas puas pakai 'Baby-faced Assassin' tuh.. Series ohhh, bau diaaaaaa...pehhhhh wangi weh!!! korang patut try! ala bukan setakat bau je.. dia punya fresh lepas basuh tu lain dari yang lain wehhhh.. hah.. kau tak caye? kau cari watson kau pi beli and balik umah kau try basuh muka kau! 

Aduh.. habis pakai pencuci macam biasalah kan mesti ada krimnya.. haa.. aku pun apply lah Battle Repair Facial Moisturiser ni.. Ya Allah.. Tersenyap aku lepas pakai tu jap.. Aku tak tipu k.. Bertambah tambah freshnya! Bau dia yang wangi tu pun kuat seolah olah aku sapu perfume kat muka aku.. huhu.. memang best lah.. sebab tu sanggup membebel pepanjang kat blog ni... kalau tak, tak de nya rajin cam ni. huhuhu

Mesti ramai yang tertanya tanya part harga semua ni kan? Korang boleh survey harga dia kat Zalora je weh! Kalau korang dekat ngan watson lagi bagus.. Tapi rasanya pembelian online lagi murah kot...

haih korang.. cite aku tak habis lagi tau.. well, aku bukan selalu rajin review bende cam ni, so layan je ar aku sekali sekala.. huhu.. k kat sini aku nak bagitahu pengalaman aku pakai produk ni dah dua hari.. rasa muka tu lagi fresh and awesome ar.. bintik bintik hitam and jerawat pun dah start untuk menghilangkan diri? well series ke aku ni?? ye series wehhh.. cepat sangat kesan dia tu.. best pulak tuh.. rasa happy sangat bila guna produk ni..

Aku ke watson hari tu aku nampak dua benda alah tu je, BadLab Battle Repair and BadLab Baby-faced Assassin.. Tapi bila malam lepas balik tu aku try ar usha usha kat google pasal BadLab ni.. tetibe jumpa kat Zalora - BadLab.. Punya terkejut beruknya aku bila tengok store dia rupanya produk BadLab ni bukan ada untuk penjagaan muka je wei, ada untuk penjagaan dari hujung rambut sampai hujung kaki.. hah amik kau.. 


haaa.. banyak kan.. design dia tu yang menarik weh.. bagi aku lah.. huhu.. ada macam macam weh.. ada perfume, ada shampoo, ada untuk stylekan rambut, ada deodorant, ada set mandi.. nak tahu details just klik Zalora BadLab..

Produk BadLab ni memang susah sikit nak cari.. maybe sebab baru lagi.. tapi xpe, aku baca sesetengah review depa order online cepat je dapat kat tangan diorang.. memang best lah kan.. tapi kalau tak silap aku kat watson semua tempat dah ada kot.. cuma xlengkap lah, macam cite aku ni hah dapat rasa set penjagaan muka je.. tu pun tak lengkap sebab untuk muka ada satu lagi iaitu Dirty Deeds.. aduhai Dirty Deeds, kematian kotoran.. hahaha.. Dirty Deeds ni sejenis scrub untuk kulit wajah korang..

eh eh the most important thing! Produk ni ada sijil halal yokkk... 

Ni nak kongsi jugak lah baru baru ni produk BadLab ni ada dianugerakan Grooming Awards 2015 dalam Men's Health... Masih teragak-agak untuk mencuba? Korang boleh check it out sendiri kat FB BadLab.. Ramai jugak orang yang bagi feedback positif yang berpuas hati dengan produk ni.. 


So korang tunggu apa lagi! lelaki lelaki sekalian.... jangan buang masa, duit and tenaga beli produk yang merapu, meh try BadLab ni hah..So, ape lagi! Stop smelling like little girl dan ubahlah sekarang!

p/s: aku harap adalah yang baca sampai habis.. penat wei aku taip.. hahaha.. saje nak kongsikan kebaikan.. asyik tengok akak akak blogger kongsi produk tu produk ni.. tapi tu girlish.. eee.. not my type.. BadLab is mine! ^^ 

Previous
Next Post »

7 comments

Click here for comments
January 5, 2016 at 12:47 PM ×

hahaha, baby-faced assassin. lol

Reply
avatar
January 6, 2016 at 9:22 AM ×

sekarang lelaki pun kena jaga

Reply
avatar
January 6, 2016 at 8:04 PM ×

@Maisarah Mimo tu lah pasal.. hahahaha

@Raihanah Ahmad mestilah.. hehehe.. :p

Reply
avatar
May 15, 2017 at 10:27 AM ×

@khairul nizam untuk penjagaan kulit muka bro.. lebih kepada penentangan jerawat dan seumpama dengannya.. hope membantu.. :)

Reply
avatar
Ajay Rahman
admin
August 26, 2017 at 1:46 PM ×

Dah pakai produk ni. Lepas cuci muka mmg fresh and bau dia wangi. Rasa mcm nak pakai 5kali sehari scrub muka ni haha

Reply
avatar