GMM beri amaran, serangan semakin menghampiri negara

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) memberi amaran bahawa serangan pengganas semakin menghampiri negara dan mengimbas kembali kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kita sewajarnya ambil perhatian bahawa tindakan yang melampau itu semakin hampir dengan negara. Justeru, adalah penting seperti kenyataan perdana menteri bahawa kita perlu 'memerangi ekstremisme di mana sahaja ia berada.'
"Mereka yang kehilangan nyawa di Jakarta dan sebelum ini di Turki, adalah mangsa yang tidak bersalah akibat kekejaman serangan rangkaian pengganas.
“Dan adalah menjadi harapan kami bahawa pelaku kezaliman yang kejam ini diheret ke muka pengadilan," kata Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan media hari ini.
GMM turut melahirkan rasa simpati yang mendalam dan mendoakan untuk Indonesia dan rakyat berikutan serangan yang berlaku di Jakarta pagi ini.
"Ini adalah hari yang menyedihkan bagi Jakarta dan seluruh dunia.
"Sebagai sebahagian daripada komuniti Asean, GMM memandang serius kejadian yang berlaku itu; kita menghulurkan tangan kepada organisasi di Indonesia untuk membantu mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi dan menguruskan perbezaan," katanya.
Parlimen Malaysia baru-baru ini meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibantah oleh pembangkang dan masyarakat sivil kerana kebimbangan mengenai kuasa yang luas bakal diberikan kepada perdana menteri.
Rang undang-undang itu memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat di mana-mana tempat sebagai kawasan keselamatan tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan Yang di-Pertuan Agong.
SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png