Bom di Sarinah: Detik dramatik suspek serang polis

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Detik dramatik serangan pengganas di kawasan Sarinah Mall hari ini berjaya dirakam jurugambar Tempo.com, Aditia Novansyah, yang berada di lokasi.
Kompas.com melaporkan, ada 11 gambar berturutan diterbitkan Tempo dan melaluinya dapat dilihat suspek melakukan aksi tanpa disedari orang ramai sehinggalah ia terlewat.
Pada gambar pertama, seorang lelaki berpakaian hitam, bertopi dan membawa beg sandang di Jalan MH Thamrin yang menuju Bulatan Hotel Indonesia.
Suspek terbabit dilihat bersama seseorang yang berpakaian biru dan jaket hitam.
Kedua-dua suspek itu berdiri bersahaja di belakang kerumuman orang awam yang melihat tiga mayat terkapar sejurus selepas bom meletup.
Pada gambar lain, suspek dilihat mengacukan pistol ke arah dua polis trafik yang ada berhampiran orang ramai.
Pada dua gambar terakhir, anggota polis terbabit dilihat memegang perutnya sambil membelakangi suspek. 
EKSKLUSIF TEMPO: Momen Penembakan Polisi Oleh 2 Terduga Teroris Bom Sarinah https://t.co/Yq2Du5DX1P#BomSarinah pic.twitter.com/u2Q9IBdv2w
— Koran Tempo (@korantempo) January 14, 2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png