'Babi' hilang dari papan iklan Raja Monyet

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Watak manusia bermuka babi dibuang daripada papan iklan besar filem fantasi aksi Hong KongJourney to the West – The Monkey King 2 yang dijadual ditayangkan pada tahun baru Cina.
Poster asal, oleh sebuah produksi China dan Hong Kong, menunjukkan sami Tang Sanzang dan muridnya Raja Monyet King Sun Wukong, Sha Wujing dan Zhu Bajie.
Zhu Bajie, separuh manusia separuh babi, digambarkan berada di sebelah kanan Raja Monyet dalam poster itu tetapi tiada dalam papan tanda di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
Watak Zhu Bajie juga tiada dalam poster di laman web rasmi rangkaian pawagam besar Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas.
Journey to the West, antara karya agung terpenting China, mengisahkan perjalanan seorang sami ke wilayah Barat bagi mendapatkan teks suci bersama tiga anak muridnya.
Filem itu dibintangi Aaron Kwok sebagai Raja Monyet, Feng Shao Feng (sami), Him Law (Sha Wujing) dan pelawak Xiao Shen Yang (Zhu Bajie)
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata lembaga penapisan membuat keputusan berdasarkan kepentingan negara dan bukan penerbit filem.
“Saya rasa sudah tentu kerana filem itu tidak ikut garis panduan lembaga penapisan,” katanya.

Previous
Next Post »